#DiariMesirUstazAfdhal : Pelajar Indonesia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Antara kuliah talaqqi yang awal saya sertai disini dan merupakan kelas paling kerap berlangsung di Wisma Baharu Pahang Awal Sabi' adalah kuliah talaqqi bersama Habib Ahmad Al Maqdi Azhari Hafizahullah , tak silap 3 kali seminggu .

Ketika pertama kali hadir , ketika itu kitab Syarah Muqadimah Hadrami , waktu tu kitab pun tak dak ,bukak fon tengok PDF , kelas berjalan guna ammi + fushah + slang yamen , ternganga kita nak faham. nak keluar rasa tak beradab pula sebab duduk saf 4 depan Habib Ahmad . Disebelah saya ada seorang pelajar Indonesia , kemas berbaju batik sangat tekun dan responsiv dengan persoalan Habib Ahmad. Lawak Habib Ahmad pun dia paling awal gelak pada saat saya tengah gelak dalam hati kat diri sendiri sebab tak faham lawak Habib Ahmad.

rasa kagum juga dengan dia , cuma tak sempat nak taaruf dalam suasana majlis sebegitu. Lepas kelas sembanglah dengan pelajar kita.
" ahbab memang ramai pelajar indonesia ustaz , kalau ustaz perasan ada group jubah putih duduk depan , tolong baca matan baca kitab , itu semua Indonesia ustaz "
" kalau dalam kelas azhar kami pun memang yang paling perform pelajar indonesia "

Ketika awal awal sampai pun , saya banyak makan Nasi Geprek di Mesir ini , dimana mana pasti ada Kedai Indonesia , simple je kedai kedai mereka yang biasanya para pelajar sendiri yang pakat sesama mereka , kat malaysia tak makan pedas , mai sini jadi makan pedas.

Ketika ziarah kawasan Masjid Azhar yang disebut sebagai "Darrasah" , kawasan situ sempit pack sangat. Rumah kecik kecik , suasana ke dalam..Memerlukan kecekalan tinggi..
" kat sini ramai Indonesia ustaz " fuh.

Kalau buka facebook rasmi kuliah kuliah azhar yang share pasal keputusan pelajar mumtaz bukan mesir , tudia..
" Indonisi dimana mana nama mereka , top mumtaz ".

Apa yang saya tahu , pelajar Indonesia tidaklah seuntung pelajar pelajar malaysia yang ada pelbagai kemudahan. Mereka kebanyakan orang susah dan kemudahan mereka tidaklah sebaik negara kita. Tetapi Kesusahan itulah melahirkan jiwa terbaikk dalam diri mereka!

Moga ada rezeki untuk bersahabat dengan azhari dari Indonesia yang soleh.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments