#DiariMesirUstazAfdhal : Masjid Azhar & Sekitarnya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Pasti setiap insan yang bercita untuk hadir ke Mesir sama ada kerana mendengar kehebatan para alim ulama' mahupun selepas menonton Ketika Cinta Bertasbih "ana abdullahhh", pasti tempat pertama untuk lihat adalah Masjid Azhar. Yea, saya juga berkongsi cita yang sama hasil hybrid keinginan mengenali pusat ilmu & pengaruh ustaz kharul azzam. Hehe mula mula sampai mesir target nak datang sini dulu, nak ambil feel solat & iktikaf.

Namun sedikit meleret bila mula mula tiba dikawasan sini atau disebut sebagai kawasan "Darrasah", kawasannya agak padat dan kebersihan kawasan sekitar azhar (luar pagar azhar) buat diri garu kepala bila mula mula sampai. Sampah,anjing jalanan, bau hancing dan kalau nasib tak baik boleh ketemu najis.
Spoil mood juga la bila mula mula sampai kesini,wallahulam, masih belum mengenal sejarah sosio masyarakat mesir dengan baik.

Tapi saya gagahkan diri untuk melihat sisi yang positif di kota azhar yang agak pack ini, saya sangat hargai seni ukir dan rekaan bangunan bangunan lama, terutama masjid Azhar sendiri dan kawasan baazar. Pandang tepi bawah akan nampak sampah tapi pandang keatas akan nampak kecantikan dan kemegahan seni bina peninggalkan Kerajaan Shiah Fatimiyah kemudiaan dibawah Kerajaan Ayyubi pimpinan Salahuddin serta kerajaan mamluk.

Sempatlah bertanya pelajar azhar disini yang sudi bawa diri melihat suasana kali kedua..
" agak agak zaman Salahuddin Al Ayyubi, macam mana keadaan masyarakat mesir dan suasana kawasan ini?"

Mungkin lebih indah dan megah.
Apa apa pun tetap tempat yang baik untuk bermuhasabah diri dan refleksi ummat. Dan mungkin perlu difikirkan bersama, bagaimana untuk bantu pembinaan masyarakat islam disini.

So jangan terpengaruh sangat citer ketika cinta Bertasbih tu. Haha.
Alhamdulillah Allah izin kesini walaupun bukan azhari.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments