#DiariMesirUstazAfdhal : Maahad Qiraat Shubro

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ini sahabat baru saya Habib di Mesir, kami sekelas di Markaz Lughoh Nile dan dia pelajar Maahad Qiraat Shubro. Disamping Maahad Buuth & azhar yang biasanya pelajar malaysia masuk di Mesir. Maahad Syubro satu lagi pilihan pelajar malaysia khusus lepasan Tahfiz Quran dan hanya fokus bidang Qiraat.

Disini kenalan yang baru kenal di Mesir yang banyak bawa saya kenal kenal sekitar Mesir termasuklah Habib. Dia bila sampai kelas selalu nampak kepenatan dan panas.
" jauh ko shubro ni dengan kelas kito ni"
" jauh juga ustaz"
" nanti bawak la ana pergi shubro, nak kenal"
" boleh ustaz, jom"

Dari markaz lughah kami naik tramco (Van) ke tempat nama Ramses ( ala ala KL Sentral la, tapi versi low budget hehe) dari situ naik tren bawah tanah ke Shubro.. Fuhh mencabar.. Serabut, panas, berdebu dan memenatkan..

" ini ke laluan enta setiap hari nak datang kelas"
" betul ustaz"

Besar juhudnya, kagum. Ammi beliau juga baik dan mampu untuk faham dan respon arab mesir lain dengan baik. Sampailah kami di Maahad Qiraat Shubro. Gabungan seni bina kerajaan lama dan ada penambahan bangunan kelas, tidaklah begitu gah tapi cukup untuk mencapai hadaf pembelajaran (Boleh tengok gambar lain di ruangan komen) .

Banyak tokoh tokoh Qiraat dan Qari Malaysia yang lahir ditempat ini. Paling best sempat ketemu seorang Syeikh yang tengah tasmi' seorang pelajar sambil berjalan menuju best. Yallah yallah!

Usai ziarah Maahad Qiraat, sempatlah menjamah nasi arab buat pertama kali.
Penat dan pancit.. Pergi balik dari Sabi' Markaz Lughah kami dan Shubro ini, Moga Allah mudahkan jalanmu ke Sorga Habib!


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments