Possed / Dirasuk

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Kita mungkin telah melangkah jauh pada hari ini. Usia kita kian meningkat. Barangkali banyak perkara telah berubah. Tapi boleh jadi semua 'U-thant kembali' kerana kita 'dirasuki'.

Tak nak berbincang berkenaan dirasuki jin atau apa. Tetapi nak cakap tentang hati atau barangkali mungkin minda. Hati atau minda yang dirasuk.

Barangkali kita sudah pun tahu ia (ujian) adalah suatu ketentuanNya yang kau sebagai hamba pasti akan diuji suatu hari kelak dengan perkara tersebut, namun kita lupa.

Dijentik sedikit sahaja mahupun digigit oleh semut kecil sudah meroyan umpama baru sahaja dibaham harimau & sudah menjadi mayat busuk. Padahal masih ada peluang. Lupa bahawa ia mungkin asbab kebaikan buatmu yang mungkin jadi bekal kekuatan bagimu di masa hadapan. Persoalannya? Bagaimana boleh lupa?

Dirasuk. Dirasuki dengan sikap & sifat orang-orang sekeliling yang barangkali belum cukup sempurna, dan hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Tetapi mungkin dikelilingi oleh mereka yang masih bermain-main secara khususnya. “Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Q.S Al Mu’minun: 115).

Lalu, ia juga turut dirasuki oleh sifat manusia di sekelilingnya. Sukar untuk ia bebas kembali. Kerana acapkali ia berjaya keluar, ia tetap akan kembali semula kerana sifat tersebut sentiasa terpampang dihadapannya, sifat itu yang ia sentiasa melihat & mendengar.

Namun, benarkah tiada jalan keluar daripada semua ini? Benarkah faktor manusia lain itu menjadi dirinya mudah untuk dirasuki kembali dengan sifat jahiliah?

Suatu jawapan mudah, nilai keikhlasan kita dalam perjuangan & dalam ibadah barangkali belum cukup buat kita sehingga mampu untuk melawan daripada ia merasuki kita. Maka, akhirnya kita mudah untuk kembali tersungkur. Jangan lupa, rahmat Allah itu luas. Peluang masih ada untuk memperbaiki keadaan. Kuatkan hati, kuatkan iman agar tidak mudah di 'possessed'.

Dan jangan kau lupa bahawa kau juga adalah 'orang sekeliling' bagi orang yang lain. Izinkanlah dirimu menjadi cahaya yang menerangi gelap, membawa hati² semakin tunduk & patuh kepadaNya. Dan janganlah membiarkan dirimu menjadi asbab kepada orang lain dirasuki oleh sifat buruk yang pada dirimu. Berusahalah memperbaiki keranaNya, percayalah kau juga yang akan mendapat faedahnya disuatu hari yang pasti dihitung segalanya. Wallahualam.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments