بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara : Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, dan Muslim)
Pokok Perbincangan Hadis
- Islam memelihara jiwa penganutnya (Muslim). Tidak boleh membunuh seorang Muslim atau menumpahkan darah mana-mana manusia. Dalam Islam:
a. Orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar, Allah telah janjikan azab yang pedih ke atasnya (dosanya sangat besar).
b. Orang yang membunuh secara sengaja dan juga bukan dengan hak (sebenar) maka akan dilaknat oleh Allah SWT dan diazab.
c. Rasulullah SAW juga telah menjelaskan, membunuh bukan dengan hak dan benar adalah termasuk dalam 7 perkara yang membinasakan (Al-Muubiqaat). - Hukuman bagi orang yang berzina setelah berkahwin:
a. Ijma' ulama' memutuskan bahawa hukum baginya ialah direjam hingga mati.
b. Kisah Ma'iz dan Al-Ghamidiyyah sewaktu Nabi SAW masih hidup adalah satu kisah yang masyhur menceritakan tentang hal ini.
c. Walaupun ayat Al-Quran yang menyebutkan mengenainya telah dinasakhkan, namun hukumnya masih kekal. - Hukuman membunuh dengan sengaja:
a. Ijma' ulama' mengatakan bahawa hukumnya adalah dibalas bunuh atau dinamakan sebagai Qisas (Surah Al-Ma'idah, ayat 45).
b. Dikecualikan (gugur Qisas) dalam kes-kes berikut:
i) Bapa bunuh anak
ii) Orang Islam bunuh orang kafir (menurut setengah pendapat ulama') - Hukuman bagi orang yang murtad:
a. Hukumnya sama sahaja sama ada mereka itu lelaki atau perempuan, iaitu mereka akan dihukum bunuh.
b. Hadis Nabi SAW kepada Mu'az RA ketika ke Yaman yang masyhur mengajarkan: "Bila seseorang telah murtad, hendaklah diberi nasihat, diajak kembali semula kepada Islam. Tetapi jika ia tetap enggan, maka hendaklah dipenggal lehernya (dibunuh). - Terdapat juga hukuman bunuh bagi kesalahan lain yang tidak disebut dalam hadis ini. Antaranya ialah:
a. Liwat - Muslim yang telah berkahwin atau bujang (dibunuh)
b. Orang yang cuba memecah-belahkan ikatan orang Islam (dibunuh)
c. Orang yang membuat kerosakan di atas muka bumi, penyamun, perompak dan lain-lain (dibunuh dan disula)
d. Orang yang meninggalkan solat
e. Tukang sihir - apabila sihirnya membawa kekufuran (Menurut pendapat Imam Shafi'e RA)
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments