Hadis 13 : Mengasihi Sesama Muslim | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Penafian Iman sebagaimana yang disebut dalam hadis ini bererti, tidak sempurna iman seseorang itu iaitu iman yang belum mencapai hakikat iman dan bukannya menafikan ketiadaan iman yang bererti kufur (tiada iman).
  2. Mencintai kebaikan datang kepada orang Muslim ialah salah satu cabang iman yang wajib ditunaikan.
  3. Hadis ini sangat memberi kesan kepada para salaf. Antara kesan hadis ini bagi kehidupan mereka ialah: 
    a. Kisah Ibnu Abbas RA - Ketika beliau menghuraikan Al-Quran, beliau menginginkan agar manusia semuanya memahami Al-Quran sebagaimana beliau faham.
    b. Imam Shafi'e RA - Beliau mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula kepada orang lain kerana beliau amat cintakan kebaikan untuk orang lain.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments