Hadis 12 : Tinggalkan Perkara yang Tidak Bermanfaat | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya." (Riwayat al-Tirmizi no. 2318, Ibn Majah no. 3976, Ahmad no. 1732 dan al-Baihaqi)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Antara tanda-tanda kesempurnaan Islam seseorang itu ialah menjaga lidahnya dari perkataan yang sia-sia (Surah Qaaf, ayat 18)
  2. Setiap perkara yang baik akan menjadi berganda dari 10 kali ganda sehingga 700 kali gandaan.
  3. Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan diri kita ialah tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
  4. Adalah satu kesilapan dalam memahami hadis ini menyebabkan sesetengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat dengan disangkanya perkara itu tidak ada kaitan dengannya.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments