Hadis 11 : Tinggalkan Keraguan | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau." (Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa’i no. 5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Perlunya seorang Muslim menjauhi perkara tersebut:
    a. Perlunya menjaga maruah dan diri dari terjatuh kepada yang haram. Ini dinamakan sebagai wara'.
    b. Cara ini adalah langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.

  2. Contoh wara' para salaf terhadap perkara syubhat:
    a. Kisah Abu Bakar RA makan sesuatu yang syubhat lalu bila diketahuinya, dimuntahkannya.
    b. Kisah Umar Al-Khattab RA dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri. Beliau tidak mengambil kain lebih dari orang lain walaupun kain itu cukup untuk dirinya. 

  3. Bagi perkara-perkara yang ada rukhsah - mengikut dan mengambil rukhsah adalah lebih baik.
    - Contohnya seseorang yang yakin bahawa dia masih dalam keadaan suci tetapi tiba-tiba timbul syak adakah ia telah berhadas? Seperti yang disebutkan dalam hadis: "...Seseorang yang merasai telah keluar angin tetapi tidak dipastikan kerana dia tidak mendengar bunyi dan tidak menghidu bau...". Di dalam kes ini, jika dia memberhentikan solatnya dan mengambil wudhu', ini tidak dianggap sebagai wara' kerana jelas Nabi SAW meminta kita meneruskan solat kita dalam keadaan demikian.

  4. Wara' sebenar yang dimaksudkan ialah:
    a. Apabila seseorang itu istiqomah dalam melakukan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang dilarang.
    b. Sesiapa yang melakukan dosa besar, meninggalkan yang wajib tetapi dalam masa yang sama berusaha pula untuk meninggalkan perkara-perkara yang syubhat, ini sebenarnya bukan wara'. Kisah darah nyamuk yang ditanya oleh orang Iraq kepada Ibnu Umar RA semasa musim haji adalah satu kisah yang masyhur membuktikan perkara ini.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

0 Comments