#DiariMesirUstazAfdhal : Uzbeki

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Antara non malay terawal yang menjadi kawan di bumi Mesir ini ialah Brother Islam ini , dia dari Uzbekistan . Rasanya selepas nusantara , warga Uzbeki antara yang ramai disini.
Belum rezeki kami ketemu orang Mesir yang mesra & ramah , asal nak latih cakap arab atau ammiyah je ramai yang buat tak layan buat tak tahu , ada yang terus geleng kepala.buat muka dan membebel bila kita cakap " ana mesh fahim " - aku dop pehe mung kecek gapo .

Allah ketemulah dengan Islam ini dan rakannya yang buka kedai shawarma yang menjadi perhatian orang malaysia. Mereka ni mesra dan bila bercakap selalu guna fushah, tak gelak dan bantu kalau kita tak faham tak pandai. Cuma depa ni nakal sikit la , suka ngusik haha.

ada sekali keluar ke kelas pakai jubah hitam,mask hitam,kopiah hitam (moga hati je tak hitam) , pastu lalu depan kedai dia. Terus dia gelak.
" panas ni weh ! kenapa kau pakai hitam semua ! tak fikir kahh"
kurang asam kau islam , dah la jerit kuat. haha.

ada cerita lagi , pergi ambik meja & saratoga ( selimut tebal ) dengan pelajar yang nak BFG . pastu lalu depan kedai dia.
" Ya afdhol , enta haromi !! (pencuri) " memang cari pasal Uzbeki ni. haha.

masa mula taaruf dengan dia, cakaplah saya dah kahwin. dia pun terkejutlah tinggal bini semua lama lama. pastu dia perli cakap nanti nangis la tu rindu bini. fuh.

Tapi dia dan kawan kawan uzbeki dia banyak bantu la part kami berbahasa , ada waktu memang akan lepak kedai dia semata-mata nak train lughah kami + shawarma dia pun memang sedap.
antara cita-cita dia , dia nak buka kedai Shawarma di Malaysia katanya , siap share gambar sedara mara dia yang ada di Malaysia.

Moga dipermudahkan urusan kamu Islam walaupun kadang kadang buat aku geram. haha.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments