بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Antara amalan turun temurun pelajar kita di Mesir adalah ambil sanad Al Quran dengan Syuyukh sekitar Mesir. Jadi rasa macam nak dapat juga pengalaman ini dan antara yang famous dikalangan pelajar Malaysia namanya Syeikh Wa'el Hafizullah. " Ustaz nak tahsin dengan Syeikh Wa'el? Fuh garang dia ustaz"
Cuak juga tapi bismillah jalan. Dengan bantuan dari pelajar tahun akhir azhar, kami bergerak ke Markaz Quran Syeikh Wa'el.. Huu jauhla juga dari rumah tapi ini antara yang saya kagum dengan setengah pelajar azhar, memang lasak dan kedudukan syeikh itu dan syeikh ini jauh tapi mereka juhud. Barakallahufik ya azhari.
Setibanya di rumah syeikh, " nanti ustaz masuk, ustaz letak selipar kat dalam dan salam syeikh" lagi cuak la kita. Haha. Maka masuklah tengoklah syeikh, masha Allah muda lagi dan tak la garang sangat wajahnya. Huuy. Maka ambik nombor dan tunggulah giliran, plan nak daftar terus tapi bila tengok jarak dan kepadatan kelas serta diri yang masih tak boleh "berdikari" dan masih menyusun jadual + masa kat mesir pun tak tahu sampai bila rasa nak hold dulu daftar, risau kena maki kat syeikh sebab tak datang tahsin tapi syeikh dah bagi borang suruh isi.. Aduh!
Mula mula rasa nak keluar gitu je, tapi rasa tak beradab sangat begitu. Maka bincang lah dengan pelajar tahun akhir ini untuk bantu bincang dengan syeikh.
" syeikh cakap tak ada paksaan ustaz xnak join lagi, tapi insha allah ada kebaikan kalau ustaz join dan syeikh boleh bantu ustaz khatam dalam tempoh 5 bulan kalau ustaz ada masa singkat sahaja disinin tapi ustaz kena mai hari hari lah"
Fuhhhh. " xpela, nanti nak pergi solat isyak, kita jumpa syeikh"
Usai azan, semua pelajar lain keluar untuk solat di Masjid, kami terus jumpa syeikh untuk mohon maaf sebab datang tapi tak daftar.. Waktu ni lah rasa syahdu dengan luahan dan nasihat syeikh :
- dia ajar quran ni sebab ini amanah dia kepada Allah.
- dia garang dan tegas sebab ini amanah Allah (sambil tunjuk rotan kayu dia)
- dia sangat kagum dengan pelajar akhawat malaysia, konsisten. Tak start kelas dah ada di depan markaz
- dia down sikit dengan pelajar ikhwah malaysia, tak konsisten tak maklum kalau tak datang.
- ada juga yang datang semata mata nak sanad atau syahadah.
- tapi tak semudah itu, Quran ini kehidupan dan amanah. Perlu ikhlas, syeikh tak akan bagi kalau tak serius.
- quran ini turun untuk semua, tak ada alasan lidah keras tak boleh baca ke apa, kena belajar.
- ada yang dah tahun akhir azhar masih belum khatam Quran, satu benda yang dia sedih.
- besar amanah Quran ini, tak ada Quran kita tak dimuliakan.. Zero..
- dia memang garang dan pukul pelajar tapi semua kerana nak suruh mantap Al Quran.
Lama syeikh nasihat, sampai habis pelajar lain solat isyak di Masjid, biasanya syeikh la jadi imam tapi mungkin kami tetamu baru tiba, sangat baik layanannya. Syeikh ajak masuk ruang bilik dia dan kami solat berjemaah dengan syeikh. Usai solat, kami salam mohon maaf dengan syeikh.
" tak pe, kalau tak sempat tahsin disini nanti carilah syeikh syeikh lain cuma hati hati.. Banyak juga syeikh yang tak bagus.. Cari yang bagus yea".
Unexpected Journey hari ini.
Moga Allah Redha dan berkati Syeikh Wa'el
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
0 Comments