بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Antara benda yang sentiasa jadi perhatian saya bila ziarah pelajar azhar dirumah rumah mereka adalah RAK KITAB. Saya jenis orang yang suka kepada buku tapi kapasiti saya melibatkan kitab kitab arab ditahap yang dhoif giddan.
Ini antara sebab juga la kenapa datang ke Mesir, memetik mutiara bahasa dan kitab.
So bila tengok kitab arab ni dia rasa excited. Pernah la ziarah sekumpulan pelajar kita..
Hampir sekali nak suudzon dengan mereka. Haha astaghfirullah, bila pegang kitab mereka berhabuk. " kat mesir ni memang cepat berhabuk, tambah tambah musim panas buka tingkap" hehe. Allah Allah ingat lama tak buka kitab tadi.. Hehe..
Syukurlah diperkenalkan dengan kitab kitab sebegini di bumi kinanah ini. Kitab kat sini pun murah dan banyak ruang ruang belajar.
Dan sebaik baik cara untuk menghidupkan ilmu dari kitab ulama' ini adalah melalui amalan kehidupan. Masyarakat luar sana tak tahu apa pasal kitab, tapi dia tahu akhlak dan hidup yang macam mana islam tuntut.
Itu lah sebaik baik natijah dari ilmu dari kitab kitab ini.
MENULIS MANUSIA bak kata IHAB.
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)
0 Comments