Bahaya Layan Nafsu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


"Orang yang tenggelam dalam kelazatan nafsu pada mulanya menyangka bahawa dia akan menikmati kesenangan hidup lebih banyak dari orang lain, tetapi tidak lama kemudian sangkaannya yang salah itu akan membawanya kepada perhambaan nafsu yang tidak dapat dielakkannya, malah akan membawanya kepada satu kerungsingan yang tidak akan memberi kerehatan kepadanya lagi. Kerana keinginan nafsu tidak akan pernah kenyang, semakin dilayani semakin rakus, dan akhirnya akan membelenggu orang itu. Kemudian dia akan jatuh ke taraf yang paling rendah & hina, di mana seluruh cita-citanya hanya berligar di sekitar menyahut & memuaskan kehendak nafsu. Manusia tidak akan maju kecuali mereka dapat membebaskan dirinya dari tekanan keperluan (nafsu)..."

Islam menekan betapa perlunya manusia dibebaskan dari keinginan nafsu. Tetapi pembebasan itu bukanlah menganjur mereka untuk menjalani kehidupan dengan menolak sepenuhnya kesenangan hidup, tetapi memenuhi keinginan itu dengan sederhana & menganjur mereka menikmati kesenangan hidup sekadar yang berpatutan agar seseorang itu dapat menggunakan tenaganya untuk meninggikan ajaran Allah di muka bumi. (Prof Mohamad Qutb, buku Salah Faham Terhadap Islam)

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)