Hadis 9 : Perintah & Larangan | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."    

(Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Sebab Hadis - Ketika dalam satu khutbah Nabi SAW, baginda telah menyebutkan tentang kefardhuan Haji. Tiba-tiba ada seorang bertanya, "adakah setiap tahun Ya Rasulullah?" Nabi SAW diam. Ketika ditanya berkali-kali, Nabi SAW tetap diam. Akhirnya baginda menjawab, "tidak, hanya sekali seumur hidup." Kemudian datanga hadis ini. Dikatakan penyoalnya adalah Aqro' bin Haabis RA.

  2. Menjauhi Sesuatu Larangan adalah satu tuntutan sebagaimana hadis ini. Tanpa mengira sama ada perkara tersebut haram atau makruh.

    a. Haram = tinggal dapat pahala, buat dapat dosa
    b. Makruh = tinggal dapat pahala, buat tak dapat dosa

  3. Membuat Apa Yang Disuruh juga adalah kepatuhan kepada Nabi SAW.

    a. Wajib = tinggal dapat dosa, buat dapat pahala
    b. Sunat = tinggal tak dapat dosa, buat dapat pahala

  4. Larangan Banyak Bertanya yang disebutkan oleh Baginda SAW adalah terfokus kepad perkara berikut :

    a. Perkara yang telah dijelaskan oleh syarak
    b. Perkara yang tidak mendatangkan faedah atau tidak diperlukan
    c. Pertanyaan berbentuk mempersendakan atau menghina
    d. Pertanyaan pada masalah yang berlaku atau mustahil akan berlaku
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments