Hadis 8 : Pemeliharaan Seorang Muslim | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  

(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no.22 dan Ahmad no. 68)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Wajibnya Perang - Perang adalah salah satu dari kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT apabila ia diperlukan. Antara keperluan utama ialah bila untuk menolak perancangan musuh dan demi untuk menaikkan bendera Islam.

  2. Terpeliharanya darah dan harta apabila seseorang telah :

    i) Mengucap dua kalimah syahadah
    ii) Mendirikan solat fardhu
    iii) Membayar zakat
    iv) Beriltizam dengan hak-hak Islam.

  3. Perjalanan Hukum - hendaklah diambil kira secara zahir sahaja. Apabila seseorang telah mengaku dan melaksanakan hak-hak Islam, maka kita akan menganggapnya sebagai Muslim dan memperlakukannya sebagai Muslim. Adapun batinnya, hendaklah diserahkan kepada Allah.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments