Hadis 7 : Agama Itu Nasihat | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."      

(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)


Pokok Perbincangan Hadis

Apa maksud nasihat? Ia membawa maksud yang sangat luas dan bukan sahaja memberi peringatan, menasihati dan lain-lain seperti mana penggunaan di dalam bahasa Melayu.
  1. Nasihah Lillah - ertinya mengimaninya, mengikhlaskan ibadah kepadaNya, mentaatiNya serta menjauhi laranganNya.

  2. Nasihah Likitabihi - ertinya yakin ia (al-Quran) adalah kalam Allah dan kalam makhluk, meyakininya sebagai manhaj hidup, ia sesuai sepanjang zaman dan kemudiannya berusaha untuk memperelokkan bacaan, menghafaznya, memahami dan mentadabbur ertinya, melaksanakannya dan menyebarkan fikrah darinya.

  3. Nasihah Lirasulihi - ertinya membenarkan kenabiannya, mengikut ajarannya, kasih terhadapnya, mengagungkan sunnahnya, mengkaji sirahnya dan berakhlak dengan akhlaknya.

  4. Nasihah Li a'immati Muslimin - ertinya membantu mereka dalam tugasan dan kerja mereka, memberi nasihat ketika mereka lupa dan menghalang dari berlaku zalim terhadap mereka.

  5. Nasihah Li 'ammatihim - ertinya membimbing mereka ke arah kebaikan dunia dan akhirat, mengajar apa yang mereka jahil terhadap tentang deen, menggalakkan mereka kepada ketaatan dan lain-lain.
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments