#DiariMesirUstazAfdhal : Takut Kena Gelak Cakap Arab

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Untuk awal awal ni saya berhasrat nak mencari kenalan jauh mungkin mutual friend di Facebook di rumah negeri ambo sendiri iaitu rumah negeri kelantan, alang alang markaz lughah bermula minggu depan. Rumah yang saya menumpang ini area 'hayyu sabie', wisma kelantan pun dalam area yang sama. Dalam hati rasa macam ouh dekat sahaja ni.

Maka cari location, kita jalan berpandukan map. Tu diaa bak hang 15-20 minit satu hala juga berjalan, mungkin pelajar disini "berjalan" itu satu benda biasa tapi bagi saya yang lama pkp dah tak berjalan begitu, tambah tambah dibumi asing yang panas, berdebu dan hon sebagai background music. Rasa cuak pun ada berjalan seorang diri.

Sepanjang perjalanan tu dihinggap satu perasan rasa terasing, lost confidence nak menegur orang mesir mahupun melayu untuk tanya kat mana wisma kelantan ni. Tapi jalan sahaja tawakal base on map.

Alhamdulillah jumpa, fuh lain macam rumah negeri ambo ni, besar ado keda make. Singgah la minum dan makan sorang disitu tapi nak menegur orang tu rasa tak yakin segan malu semua ada. Tunggu juga kot ada yang kenal tapi musim cuti dan panas ramai yang tak keluar.

Sepanjang balik semula ke rumah, cuba pujuk diri " dah berlalu 2-3 hari, tapi tak latih lagi arab. Makan pun kedai melayu malaysia dan indonesia je.. Macam mana nak dapat bahasa ni.."
Nak mula sembang dengan arab ammi tapi dengan sembang melayu sekali pun jadi lost. Mengeluh panjang huuuh.

Hinggalah tiba waktu petang, singgah tempat femes orang melayu "Shawarma Sultan" diusahakan oleh keluarga dari Uzbekistan.

Duduk dan lepak sini, cuba la "mengoder" dalam bahasa arab ammi sikit tapi allahu HANCUS, TAPI mereka ni mesra sungguh. Melayan diri yang tergagap gagap ni dengan senyuman, siap betulkan lagi ayat ayat yang salah, Bicara mereka bercampur antara fushah dan ammi, Setiap word dijelaskan dengan gaya supaya faham. Hingga la dapat taaruf dengan mereka.

Betul la nasihat teman di Mesir ini, boleh berkawan dengan geng "Tan" untuk permulaan latih Bahasa Arab.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments