#DiariMesirUstazAfdhal : Subuh Awal Tapi Breakfast Lambat!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Masa transit di Turki, tiba pada jam 5.00 AM.
Solat Subuh & terpusing la nak cari jalan keluar airport baru istanbul untuk cari bas ke bandar.
Ada la sejam juga, keluar tu lapar boh!
Lebih kurang 8.00 AM juga la tiba di bandar di Istanbul. " Jom breakfast dulu, ke camne"
" ha maaf kat sini pukul 10.00AM baru baru berjalan bisnes" jawab akh yang memandu disini.

Bila tiba di Mesir, lebih kurang 3.00AM dalam flight tak sempat nak gerak dah pengsan penat jalan di Istanbul so dalam kepala memang nak sampai rumah yang saya tumpang ini dan berehat. Bila sampai rumah sempatlah bertanya" Subuh lambat lagi kan"
" eh tak, tak lama dah" loh!

Keesokannya aware dah masa subuh disini awal, dan kemungkinan terlajak tu tinggi kalau saya ikut gaya hidup kat Malaysia, 12.00-1.00AM baru tidur. Usai subuh, antara tabiat kita memang nak cari breakfast la haha.
" jom breakfast". " maaf, kat sini pukul 8"
Loh.

Satu adjustment yang besar perlu dibuat, kat Malaysia malam ada usrah, family time sampai 11-12.00PM tapi subuh 6.00AM disini seawal 3-4AM fuh. Tak bangun subuh la kalau rutin masih follow malaysia.
Ujian besar juga tempoh lepas subuh hingga urusan hidup bermula iaitu 8.00AM lama tu.

Pandai susun Insha allah barakah dan ada manfaatnya.

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالفَرَاغُ

"Dua nikmat yang banyak manusia tertipu di dalam keduanya, yaitu nikmat sehat dan waktu luang.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments