#DiariMesirUstazAfdhal : Rumah Negeriku Syurgaku

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Benda pertama dalam perancangan bila sampai kesini untuk cari kenalan dan panduan dirumah negeri. Tapi memang jauhlah antara rumah negeri dengan negeri yang lain. Terbako kalori!

Area Hayy Sabi' ni memang banyaklah rumah negeri dan saya sempatlah ziarah beberapa rumah negeri untuk solat,tanya pasal ruang talaqqi yang ada dan semestinya ngeteh la bagi rumah negeri yang ada port makan macam rumah kelantan (roti cotek demo sedak) , kedah & melaka.

First impression bila ziarah rumah negeri rasa seperti diselamatkan dari kesesatan di padang pasir. Haha. Bila berjalan jauh sekitar hayy sabi' then boleh masuk rumah negeri rasa macam masuk dunia berbeza. Selesa, tenang, bersih dan of coz la rasa selamat sebab dah macam balik malaysia.

Saya suka sekali solat di Surau rumah negeri sebab selesa dan kondusif la. Hehe. Tapi mungkin tengah cuti ramai yang balik, agak sunyi sikit la bila solat dirumah negeri, ada tapi tak ramai.

Cuma antara perasaan yang hadir bila masuk rumah negeri ni adalah rasa nak datang lagi, rasa nak stay situ je dari debu debu bumi mesir.Makan pun nak lepak situ je, Mula rasa nak kembali ke Zone Selesa dan teringatlah pesan pesan guru alumni Mesir " jangan kat sana bergaul dengan melayu sahaja!". Bila datang sini baru tahu la Kenapa ramai prefer begitu, sebab khidmat dari malaysia jauh lebih baik, selesa dan aman.

Tapi ini adalah pengembaraan ilmu, kembara ilmu memerlukan kepada juhud yang tinggi. Perlu kepada pengorbanan yang banyak. Perlu paksa diri untuk keluar dari zon kebiasaan. Inilah yang akan membuatkan kita lebih "masak ilmunya". Kalau ikut hati setiap hari nak makan solat di kawasan melayu sahaja waktu kelas formal sahaja dengan misri haha.

Teruji itu ada tapi ini realiti pahit sebagai pengembaraan ilmu untuk mendapatkan nilai kemanisan diakhir perjuangan.
Moga Allah pandu kita dengan ketenangan dan kemananan hakiki.

مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ

“Siapa yang keluar menuntut ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali.”
HR Tirmizi

Lama sangat amal online, sekali berdarat terus di Mesir. Tercabut kaki!


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments