#DiariMesirUstazAfdhal : Manfaatkan Waktu Mu Di Mesir Adiku!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Hampir seminggu disini saya manfaatkan betul betul mengenal ramai orang dan memetik nasihat dan refleksi diri untuk panduan sepanjang di Mesir.

Dari adik adik yang hidup mereka disulami games dan rokok, adik adik yang hidupnya hanya dibilik dan dikelas, adik adik yang rajin bertalaqqi sana sini, Penjual shawarma, sahabat sahabat yang lama duduk sini dengan bisnes, sahabat yang bawa keluarga kesini,, pimpinan pelajar negeri hinggalah pegawai negeri.

Menampakkan diri hakikat pelajar kita di Mesir,Khususnya pengajian islam di maahad dan azhar. Realitinya pelajar malaysia di azhar trendnya lebih kurang di Malaysia. Ujian dan sikapnya hampir sama, mungkin berbeza dari sudut iklim dan bahasa setempat serta pusat pengajian islam lama di dunia.

Hari ini sempat bertemu dengan seorang pegawai negeri yang dah berurusan dengan pelajar lebih 8-10 tahun, untuk sedikit urusan dan taaruf. Sempatlah bertanya, pelajar kita kat sini ok ke ustaz?

" bagi ana, pelajar malaysia 1 intake ni, hanya 10% yang betul betul berjaya. Pandangan ana la.. Bahasa arab tak kuasai, banyak main dari belajar"
Itu pandangan beliau dari kaca mata beliau, lain orang lain sudut pandangnya.

Saya juga pernah bertanya pimpinan pelajar disini " bagaimana penjagaan pelajar disini, terkawal ke?"

" ramai yang tak suka sangat dengan kami ini, ramai pelajar nak kebebasan, tak boleh disusun dan dipantau"

Dikala bertemu adik adik maahad yang datang dengan ejen, dan nasib mereka kurang baik bila ejen tidak memantau dengan baik dan melepaskan mereka tanpa panduan diusia belasan tahun (ada ejen yang bagus juga, warden dan penjaga) . Rokok, Maggi, Games rutinnya.

" entum pergi ke kelas? Kami tak pergi kelas, kami ambik tusyen. Biasa kalau pergi kelas pun tak faham"

Saya juga baru nak bersama tahsin Quran dengan seorang Syeikh disini, tapi belum apa apa lagi. Syeikh dah bebel dalam group pasal pelajar malaysia ponteng kelas, main bola.
" kamu semua ni nak belajar quran sebab apa sebenarnya?"

Pertemuan pertemuan ini membuat diri terfikir..
Ada sesuatu yang dalam jiwa kita semua menyebabkan kita dimana pun sama..

Manfaatkan Waktu, tak semua ada peluang sama.


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments