Adab Bertanya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Walaupun kita digalakkan untuk banyak bertanya. Namun, masih terdapat beberapa adab yang perlu dijaga apabila bertanya.
  1. Bertanya Pada Orang Tepat
    Bertanyalah kepada orang yang tepat, bukan kepada sebarang orang. Hal ini kerana setiap orang terbatas ilmunya. Tidak ada satu orang pun yang menguasai semua ilmu.

  2. Waktu Bertanya Yang Sesuai
    Hindari bertanya apabila guru sedang sibuk atau dalam keadaan yang tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.

    Berkata Ibnu Abbas, "Aku pernah mendatangi salah seorang guru, lalu dikatakan: 'Dia sedang tidur'. Jika aku mahu, aku boleh sahaja membangunkan beliau. Namun aku hanya menunggunya terjaga demi menjaga hatinya."

  3. Jangan Bertanya Off Topic
    Elakkan bertanya soalan luar dari perbahasan kecuali jika ada keperluan mendesak atau guru mengizinkannya.

  4. Jangan Memaksa
    Jika guru enggan menjawab, jangan memaksa. Hal ini demikian kerana seorang guru lebih mengetahui tingkat pemahaman anak muridnya. Boleh jadi, jawapan untuk soalan tersebut belum masanya untuk didedahkan.

  5. Jangan Mencelah & Membantah
    Jika guru keliru atau tersilap faham dalam menjawab soalan, jangan terus membantahnya. Jangan pula melaga-lagakan jawapannya dengan jawapan guru lain, kerana sikap ini merupakan satu adab yang sangat tercela.
Moga segala adab diatas dapat dipraktikkan demi keberkatan ilmu yang diraih. In Shaa Allah, aamin.

Dipetik dan diubah dari Ikon Syabab karya Umar Muhammad Noor

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments