3 Tips Yang Mesti Dikuasai Oleh Pemuda Islam

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Tiga tips dibawah ini adalah berfokuskan kepada bagaimana untuk menghadapi tipu daya iblis. Setiap pemuda Islam mesti bijak dan memiliki strategi jitu dalam memerangai tipu daya iblis, apatah lagi dizaman yang penuh kemudahan dan fitnah ini. Diantara tipsnya adalah :
  1. Jangan menunda kebaikan
    Jika niat baik telah berputik di hati, segera iringinya dengan amalan. Jangan tunggu perkara-perkara lain kerana itu hanya tipu daya iblis untuk membatalkan niat baik kita.

  2. Jika iblis membisikkan sesuatu, maka lakukanlah sebaliknya
    "Jika engkau sedang solat, lalu iblis berkata, 'Jangan solat lama-lama agar tidak riak.' Maka panjangkanlah solatmu itu."

  3. Selalu berusaha mempertingkatkan diri dengan ilmu agama dan berdamping dengan para ulama
    Hal ini demikian kerana orang yang berilmu ialah tentera-tentera Allah dalam memerangi iblis. Bercampur dengan orang-orang yang berilmu dan soleh akan membekali kita kemahiran dalam mengenalpasti tipu daya iblis yang mesti dihindari.
Ingatlah, musuh kita tidak akan mengalah dalam usahanya untuk menjadikan kita sesat sepertinya. Maka, berusahalah sentiasa untuk memperbaiki amal & takwa. In Shaa Allah.

Dipetik dan diubah dari Ikon Syabab karya Umar Muhammad Noor

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

  

Post a Comment

0 Comments