Hadis 6 : Halal, Haram & Syubhat | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    
     
(Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330)

Pokok Perbincangan Hadis

  1. Terdapat perkara-perkara yang memang jelas halal dan haramnya :

    i) Yang jelas halal seperti yang dinaskan di dalam syarak seperti kahwin, makan benda-benda yang baik dan lain-lain.
    ii) Yang telah jelas haramnya seperti meminum arak, judi, zina dan riba.

  2. Selepas itu terdapat perkara yang dipanggil sebagai syubhat:

    i) Ia boleh berlaku dalam ibadah, muamalat kehidupan dan lainnya.
    ii) Ia berlaku kerana pelbagai sebab. Antaranya kerana ketiadaan nas yang jelas atau perbezaan ulamak pada halal haramnya atau kerana ketiadaan sumbernya.

  3. Apakah tindakan yang perlu bila kita berhadapan dengan syubhat:

    i) Tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dari takut akan mudah terjatuh dalam dosa dan demi meraih redha Allah SWT.
    ii) Apabila berlaku syubhat pada pandangan orang lain tetapi tidak pada kita, maka ia mesti dijelaskan supaya hilang syubhat tersebut. (Kisah Nabi dan Sofiah di dalam gelap dan dilihat oleh para sahabat).
    iii) Meninggalkan perkara syubhat adalah termasuk di dalam sifat warak dan akan menyempurnakan iman.

  4. Peranan hati:
    i) Banyak ayat al-Quran yang ditujukan pada hati. Hati mempunyai peranannya sendiri sepertimana telinga dan mata. Kerja asasinya adalah untuk fiqh (merasai dengan hati sehingga tersentuh).
    ii) Baik buruknya hati manusia akan menentukan baik buruknya perbuatan dan tindakan seseorang itu.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)