Hadis 3 : Rukun Islam | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan."

(Riwayat al-Bukhari Kitab al-Iman no.8 dan Muslim Kitab al-Imam no. 16)

Pokok Perbincangan Hadis
  1. Binaan Islam

    a. Diibaratkan sebagai bangunan yang menjadi penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
    b. Adalah salah satu struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya, lengkap dan cukup

  2. Ikatan Antara Rukun-rukun Islam

    a. Sempurna iman seseorang hanyalah bagi yang menerima sepenuhnya Islam ini.
    b. Sesiapa yang menolak atau menafikan semua bahagian Islam ini atau salah satu dari bahagiannya, maka hukumnya dia telah Kafir dan keluar dari Islam.
    c. Sesiapa yang menerima kesemuanya pula tetapi malas melaksanakannya semua atau sebahagiannya, maka ia dikategorikan sebagai Fasiq (kecuali dua kalimah syahadah).
    d. Sesiapa yang melaksanakan Islam ini dan mengakuinya tetapi hanya secara pura-pura, maka ia digelar sebagai Munafiq. 

  3. Matlamat Ibadat

    a. Syahadah adalah syarat untuk diterimanya segala amalan lain.
    b. Solat merupakan penghubung antara hamba dengan tuhannya dan ia adalah amalan pertama dihisab. Ia adalah penghulu kepada semua amalan dalam hubungan seorang hamba dengan Allah.
    c. Zakat akan menyuburkan dan memberkati harta, dan seterusnya akan menyucikan diri pengeluarnya. Ia adalah latihan hamba untuk berpisah dari sifat kedekut dan sayangkan harta dunia.
    d. Haji adalah muktamar (perjumpaan, konvokesyen) umat Islam sedunia. Ia adalah lambang kesatuan umat dan keprihatinan antara satu sama lain. Ia tidak patut bagi orang yang telah mampu tiba-tiba melewatkan pemergiannya. Menurut sebahagian mazhab, ia wajib disegerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
    e. Puasa adalah latihan untuk mengekang syahwat dan menjauhi maksiat. Ia adalah latihan melawan hawa nafsu yang inginkan sesuatu (perut, seks dan ego). Semuanya ditinggalkan disebabkan kerana ingin mengejar ketinggian darjat disisi Allah SWT.  
Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments