Hadis 2 : Islam, Iman & Ihsan | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346)

Pokok Perbincangan Hadis

  1. Perbezaan Islam dan Iman:

    a. Bila dua perkataan ini bersama dalam satu nas, maka Islam ertinya ibadat badani/lisani/amali/ badani wa amaali. Iman pula akan beerti kepercayaan dalam hati dan keyakinan sahaja.
    b. Tetapi bila keduanya berada dalam nas yang berasingan, perkataan iman dan islam akan menunjuk kepada makna yang satu.

  2. Semua mukmin adalah muslim, tetapi tidak semua muslim adalah mukmin (Al-Hujurat:14)

  3. Mazhab ahli Sunnah wal-Jamaah :

    a. Amal adalah termasuk dalam iman (Al-Anfal: 2) (Sila rujuk hadis cabang Iman dan membuang sesuatu yang menyakitkan dari jalan)
    b. Iman boleh bertambah dan berkurang.

  4. Beriman kepada qadar termasuk di dalamnya 2 perkara :

    a. Allah telah mengetahui segala apa yang baik dan buruk yang akan berlaku dari azali lagi.
    b. Allah menjadikan segala perbuatan hamba sama ada baik dan buruk.

  5. Kesilapan biasa dalam beriman kepada qada' dan qadar :

    a. Kefahaman juz'I terhadap nas-nas berkaitan qadar menyebabkan menuduh Allah zalim dan sia-sia, Juga akan menyebabkan perasaan manusia itu dipaksa.
    b. Cara penyelesaiannya ialah dengan :
    i. memahami dan memisahkan antara sifat Allah dan sifat makhluk
    ii. membersihkan Allah dari segala kelemahan dan cela. (Quran 42:11)

  6. Manusia adalah diperintahkan untuk melakukan usaha. Hasilnya adalah di tangan Allah. (Rujuk hadis perdebatan Nabi Adam dan Nabi Musa AS tentang masalah ini dalam Sahih Muslim)

  7. Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat :

    a. Hamba melakukan tuan
    i. banyak anak derhaka
    ii. banyak pembukaan negara baru dan banyak hamba
    iii. ummu walad merdeka selepas kematian tuannya.

    b. Orang miskin membina bangunan tinggi
    i. orang bawahan menjadi ketua
    ii. zaman berubah sehingga orang kampung menjadi ketua
    iii. kemungkinan juga pada hari ini ianya adalah hakikat bila orang dari padang pasir telah membina bangunan tinggi seperti Burj Khalifa di Dubai, Makkah Tower, Jeddah Tower dan lain-lain. 

  8. Sifat-sifat Jibril (ar-Ruh al-Amiin)
    a. Rupa asal ditunjukkan dua kali kepada Nabi SAW iaitu ketika di Jabal Nur dan di malam Isra' Mikraj
    b. Mempunyai 600 sayap (HR Bukhari & Muslim), setiap satu menutup ufuk dan dari sayapnya berjatuhan colors permata dan maknikam.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof >Dapatkan buku Fi Zilal An-Nawawiyah di Shopee: RM19 Sahaja<

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments