Hadis 1 : Niat | Hadis 40 Fi Zilal An-Nawawiyah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه





Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

(Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasai`i no.1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)


Pokok Perbincangan Hadis
  1. Sebab datangnya Hadis ini

    Diriwavatkan seorang lelaki telah berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang konon bernama"Ummu Qais" dan bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka lelaki itu kemudian dikenal dengan sebutan "Muhajir Ummi Qais" (Orang yang hijrah kerana Ummu Qais). Kisah ini walaupun sahih, tetapi dipertikaikan oleh beberapa periwayat hadis tentang kaitannya dengan sebab hadis ini dikeluarkan.

  2. Kenapa niat penting?

    a. untuk bezakan antara ibadat dan adat.
    b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
    c. untuk bezakan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain.

  3. Hukum Melafazkan Niat (jahr)

    Menurut setengah pendapat ia adalah bid'ah munkarah kerana ianya tidak thabit (ada) dalam quran dan sunnah. Menurut prinsip Islam, asal pada setiap ibadah adalah haram kecuali ada dalil yang menunjukkan sebaliknya. Menurut fuqaha' Syafie, adalah sunnat melafazkan niat untuk membantu hati, tetapì ia berubah menjadi haram sekiranya boleh mengganggu orang lain (yang sedang solat).


  4. Kesan Niat Baik Pada Perkara Harus

    Perkara harus akan dikira sebagai qurbah (dekatkan diri dengan Allah) dan akan diberi pahala kerananya. Contohnya makan dan minum dengan niat ingin membuat ketaatan, memberi nafkah kepada keluarga kerana niat menunaikan hak anak dan isteri, bersetubuh atau bergaul antara suami dan isteri dengan niat menunaikan hak dan menjaga diri dari maksiat. Semua itu dikira ibadah.


  5. Perkara harus 'mubah' bertukar menjadi pahala dengan beberapa syarat

    a. Bukan ianya sendiri menjadi qurbah. Contohnya berdiri di bawah pano: matahari, tidak bercakap dll.
    b. Mubah tersebut adalah wasilah kepada ibadah.
    c. Melakukannya dengan keyakinan ia diharuskan oleh Allah dan sebagai tasyri' ilahi.
    d. Tidak melampau dalam melakukan atau meninggalkannya secara keseluruhan. Contohnya tidak makan secara melampau dan merosakkan diri. Ini semua bukanlah ibadah.

Sumber : Fi Zilal An-Nawawiyah karya Dr Kamarusalam Yusof

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments