Sirah : Solat (Ketika Dakwah Sirr)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Diantara Perintah Suruhan Awal
  • Antara perintah suruhan awal yang diturunkan ialah solat.
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. [40. Al Ghafir, ayat 55]
  • Ibnu Hajar berkata, jelas Rasulullah SAW & para sahabat telah mula solat sebelum Isra' lagi, yang membezakannya adalah tentang kefardhuannya.
  • Dipermulaan penurunan wahyu, Jibril AS mengajar Rasulullah SAW cara untuk berwudhuk.
  • Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah SAW & para sahabat RA, apabila tiba waktu solat mereka akan keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat. secara tersembunyi dari kaum mereka.
  • Ada suatu ketika Abu Talib telah ternampak Rasulullah SAW & Saidina Ali RA sedang solat.
  • Abu Talib bertanya kepada mereka apa yang mereka sedang lakukan.
  • Setelah mendengar penjelasan dari mereka, Abu Talib menyuruh mereka untuk terus thabat (tetap) dengannya.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments