Sirah : Jenis-jenis Wahyu

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ibnu al-Qayyim telah menyebutkan peringkat-peringkat wahyu :
  1. Mimpi sodiqah, sebagai permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW
  2. Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dada & hati naluri Rasulullah SAW tanpa beliau dapat melihatnya
  3. Rasulullah SAW didatangi Jibril AS yang menjelma dirinya sebagai seorang lelaki dan berbicara secara langsung dengan Rasulullah SAW & baginda menyedari dan ingat akan segala yang diperkatakan kepadanya. Wahyu berbentuk ini juga dapat dilihat secara langsung oleh para sahabat pada ketika-ketikanya.
  4. Rasulullah SAW didatangi melalui bunyi deringan loceng. Cara yang paling berat bagi Rasulullah SAW.
  5. Rasulullah SAW melihat Jibril AS dalam rupa paras asal ia diciptakan. Lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah SWT. Cara ini berlaku sebanyak dua kali.
  6. Apa yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada baginda semasa baginda berada di petala langit di malam Mikraj. Rasulullah SAW menerima perintah solat & sebagainya.
  7. Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpa perantaraan malaikat.
Sumber : Raheeq Makhtum

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments