Faedah dan Cara Menjadi Orang Yang Bertakwa

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Sentapku baca surah 51. Adh-Dhariyat, ayat 15 - 19. Terasa mesej² dibawah dibisik ke hati yang masih jauh dari sentiasa mengingatiNya... 😔

Dalam ayat² diatas, menjadi org yg bertakwa akan mendapat syurga Allah beserta nikmat dan rahmat yang melimpah dariNya... Apalah yang lebih berharga dari rahmat dan syurga Allah SWT... Subhanallah... 

Namun, usaha untuk mendapatkannya antaranya adalah seperti berikut...
1- Membuat kebaikan sepanjang hidup di dunia... Cuba cari sebaik mungkin peluang untuk melakukan kebaikan, ajak org lain untuk kebaikan.. Cepat² ar bertaubat jika melakukan sebarang kesalahan mahupun jika tidak melakukan sebarang kesalahan, Nabi SAW yang Maksum bertaubat setiap hari, apatah lagi kita? Satu lagi, jangan menangguhkan taubat!

2- Seterusnya, sedikit sekali tidur di waktu malam (ketika di dunia kerana sibuk beribadah)... Apa yang kita buat hari ni? Tidur lewat tengok drama, tidur lewat kerana main PUBG/MOBA/apa jadah game sekalipun, tidur lewat kerana membawang and lepak sana sini... Satu lagi, suka study lewat dengan alasan study itu juga satu ibadah, betul, xdinafikan kalau niat kita memang betul, tapi end up esok subuh ke laut, study penting ke solat penting awak? Aah, esok masuk kubur malaikat tanya soalan pertama study dulu cam ne? Okay? 😒

3- Seterusnya, waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). Berusahalah untuk bangun awal sblm subuh walau gagal sepuluh kali, tidak bermakna kali ke sebelas akan gagal juga... Dan yang paling penting, Allah akan kira semua usaha kita, ke-sepuluh² usaha tu dikira, tiada yang sia²... Tapi usaha tu ada tak? Tak de walau sekali? Hmmm... 

4- Banyakkanlah bersadaqah especially kepada org yg memerlukan, xperlu tunggu orang tu minta kat kita baru nak bagi, dah nampak macam orang tu susah, hulurkan lah semampu kita... Ingat, harta ini semua milik Allah, kita bagi kita dapat balik, xdpt kat dunia, kat akhirat confirm akan dapat kebaikannya as long as niat kita baik bukan nak menunjuk atau dapat nama 😅

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang bertakwa... Aamin Ya Allah 😭...

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat. 
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments