Berhenti blogging atau teruskan aje ?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Image result for stop writing

Huhu begitulah tajuknya... ni sekarang tengah pening nak renew ke x domain untuk setahun lagi, sebab dah nak expired... sebab rasanya kalau dah xnak blogging, rasa macam dah xnak jugak ar kot renew domain nya...

sebab apa rasa ini timbul? sebab dah makin malas nak update blog huhu.. And kekadang macam terfikir relevan lagi ke blog ni? dan kebanyakan blogger yang veteran dulu dah berhenti menulis blog tetapi sambung aktif menulis di Instagram, FB, atau telegram...

Kalau kita tengok beberapa tahun lepas, medium-medium seperti Insta dan telegram belum lagi wujud atau belum lagi sesuai untuk dijadikan ruang untuk menulis... tetapi sekrang they are beyond that... and orang pun makin prefer nak baca sesuatu atau cari sesuatu di dua medium tersebut berbanding membaca blog seperti yang kita lakukan dulu...

Selain itu, faktor yang menyebabkan saya terfikir hendak berhenti menulis blog ini adalah kerana blogger-blogger lain juga hahaha... seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan blogger veteran dah 'berhijrah' ke FB, Insta dan Telegram sehinggakan kebanyakan mereka dah x renew domain blog mereka, dan ada juga blognya sudah bersawang yang sawangnya dah xboleh bawa bincang dah tebalnya hahahaha...

Bukan itu je, kalau dulu-dulu, hampir setiap hari akan ada giveaway/contest/segmen yang akan dianjurkan oleh para blogger, tetapi sekarang? kalau ada yang anjurkan pun, kita dapat lihat betapa kurangnya mendapat sambutan, kebanyakannya bawah 50 je peserta... bayangkan kalau dulu kita buat giveaway or segmen, yang join lebih 200 dan ada juga yang lagi dahsyat lebih 500 blogger yang join... di manakah semua era itu? huhuhu

Ingat lagi dulu, bukan senang nak anjurkan giveaway, cari sponsor bagai, PM berbagai fanpage-fanpage yang produknya best-best untuk disponsor kepada giveaway yang kita anjurkan dan ada juga sponsor sendiri cari kita bila kita open artikel "Searching for sponsor untuk giveaway bla bla bla"...

Trafik yang makin lama makin menjunam... yes, that one more thing... Trafik, dulu paling bongok-bongok pun boleh lah dapat 2k-5k pembaca setiap hari, tetapi sekarang bawah 500 weh! hahahahahah... kekadang tu boleh lah cecah 1k, but its very rare... Its like artikel yang kita update kat blog ni dah macam xde orang nak baca sangat, and orang pun dah xkesah sangat kalau kita update bende baru kat blog huhu... Hal ini juga dapat kita lihat inovasi yang dibuat oleh FB dan Insta yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku, especially bila kita search something kat google, kalau dulu dia akan keluarkan artikel-artikel blog, tapi sekarang, dia akan keluarkan artikel-artikel mereka yang update di FB atau Insta... FB lah paling usual akan keluar berbanding Insta haih...

bukan nak salahkan IG ke Fb ke Telegram ke apa... just luahan je... may be since semua bende dihujung jari, penulis lebih cenderung ke Insta, fb dan telegram yang jauh lebih fleksible dan reliable dalam smartphone berbanding blog yang sampai sekarang hanya reliable untuk update kene bukak laptop or PC huhu....

Actually saya sendiri pun dah agak 'berhijrah' jugak kepada platform-platform tersebut hahahaha sebab tu blog saya makin jarang nak update hehe


And sekali lagi, why should I consider kalau nak berhenti menulis? nak berhenti, berhenti je ar, fokus je ar kat platform lain tu... Yup, memang boleh je fikir cam tu, but something hits me which is saya dah start menulis blog dan memasuki alam blogger ni sejak 2011, lama kot weh, 8 tahun lepas... and I have learned a lot of things through here... so untuk terus menyatakan pendirian untuk berhenti menulis adalah sesuatu yang pelik pulak bagi saya sebab pengalaman-pengalaman yang dah dapat sejak 2011 dulu huhu...

So, cam ne ni? Apa pendapat blogger/pembaca lain? nak teruskan atau berhenti huhu tu pun kalau ada yang rajin nak komen lagi lah hahahaha


اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)


Post a Comment

6 Comments

  1. Teruskan aja.Blogging ibarat diari..hikhik.MMasih relevan lagi platform blogger ni.Kang tetiba domain expired,tetiba ada jer sponsored post.Acaner weoii

    ReplyDelete
  2. Sangat sayang Kalau kamu berhenti sebab kamu da banyak buat penulisan di sini. mm cuba ada betul juga. orang skg jarang da nak berblogging, dan lebih kepada fb, insta, youtube. kalau dari luar negara, berblogging, banyak yang share experience mcm mana diorang boleh dapat byk income. mgkn negara kita mmg kurang pembaca sdgkan kat luar, berblog atau wordpress kira macam satu sambutan byk dan dapat ncome yg bukan calang2. tak tahulah mcm mana dpt mcm tu. hhuhuhu sy ni pun baru aktif semula. Maaf kalau ada silap pandangan

    ReplyDelete
  3. Pada saya lah kan.
    Sambung saja ber blogging.
    Ada benda or info memang lagi layan kalau baca dekat blog.
    And ada benda memang layaaan nak menulis dalam blog rather than ig or fb.

    ReplyDelete
  4. Bagi pandangan saya lah, blog nie sebenarnya masih lagi relevan sebab masih ramai lagi orang yang cari apa-apa info yang mereka mahukan guna platfom google.. lepas tue google akan highlight kan info yang dikehendaki dan jika info yang dikehendaki tue ada dalam blog ini, secara tak langsung mereka akan klik pada blog kita.. Platform media sosial yang lain ada juga pro dan kontra, so samalah dengan blog.. ada pro dan kontra..

    ReplyDelete
  5. mungkin sebab SEO kot sebab setakat ni kalau cari blog paling atas dulu then baru socmed lain. Tapi kalau minat tu dah tak ada, baik berhenti je. all the best :)

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)