4 Teguran buat Artis/Public Figure di Malaysia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Kami cadangkan, agar semua mereka yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, terutama public-public figure yang ramai follower, juga media-media prima dan sebagainya, agar cuba sedaya upaya tonjolkan NILAI dan BUDAYA Islam yang sebenar di dalam setiap apa yang kita lakukan dan lakonkan, atau nyanyikan. Antara budaya-budaya yang amat perlu untuk di titi beratkan ialah :

a) MENUTUP AURAT.

Kami menyeru pelakon Islam, penyanyi Islam, pengacara Islam dan semua orang Islam yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia, agar sama-sama kita menutup AURAT dengan sempurna. Jika anda pelakon, tutuplah aurat. Jika anda penyanyi, tutuplah aurat. Jika anda pengacara, tutuplah aurat.

Bayangkan, andai ramai public-public figure dan pelakon yang mempunya jutaan followers dan fans, andai mereka semua menutup aurat dan MENGAJAK pengikut mereka untuk juga menutup aurat, saya yakin, ramai orang akan berpusu-pusu menutup aurat, dan kalian dapat pahala yang sangat BESAR dan sangat BANYAK. Bayangkan, andai 1000 orang mula menutup aurat kerana terinspirasi dengan kalian, betapa banyaknya pahala yang Allah akan ganjarkan pada kalian!

Dan saya yakin 100%, populariti kalian takkan jatuh walaupun sedikit. Bahkan, In Shaa Allah, kalian akan makin di cintai, bukan sahaja oleh penduduk bumi, malah, Allah dan para malaikat juga mencintai anda.

Sudah ramai artis Malaysia yang mula menutup aurat. Neelofa, Felixia Yeap, Emma Maembong, Siti Nurhaliza, dan sebagainya. Saya yakin, ia bukannya mudah. Namun, mereka dapat lakukannya, saya kira, ianya satu pengorbanan yang sangat besar.

Kepada producer film, pengarah film dan sebagainya, suruhlah pelakon menutup aurat walaupun “Hanya berlakon”. Kita tak boleh guna ayat “hanya berlakon” untuk melakukan perkara yang Allah larang. In Shaa Allah, saya yakin, kalau jalan cerita kalian menarik, pelakon tutup aura tpun orang akan tengok juga seperti yang dilakukan oleh Syamsul Yusof dalam filem Munafik 2.

Saya menyeru semua agar tutuplah aurat, dan promosi dan ajaklah masyarakat Islam di Malaysia agar menutup aurat dengan sempurna.

b) ELAKKANLAH MENGAJAK KEPADA PERGAULAN BEBAS.

Saya menyeru dengan rendah hati, agar tidak ketengahkan budaya pergaulan bebas, kerana ia bukanlah budaya Islam. Budaya couple, budak berpegang-pegangan, peluk memeluk, bahkan aksi tanjang di dalam TV walaupun nampak seolah-olah tidak keterlaluan, INI SEMUA BUKANLAH BUDAYA ISLAM.

Jika kalian tahu statistik gejala sosial di Malaysia, nescaya kalian akan menggigil dan menangis.

Purata kes cerai di Malaysia setiap tahun ialah 40,000 kes. Bermakna, purata setiap hari, kes penceraian mencecah 110 kes. Bermakna, setiap satu jam, 5 kes cerai di daftarkan. Itu baru yang di daftarkan, belum termasuk yang tidak didaftarkan.

Kes ANAK LUAR NIKAH di lahirkan, mencecah 27,000 setahun. Bermakna, setiap hari 75 kes di laporkan, dan setiap jam, 3 anak luar nikah di lahirkan.

Saya tak nak cerita kes rogol, kes zina, kes gay dan lesbian, dan sebagainya.

Macam mana semua ini boleh terjadi?

Kerana, MEDIA UTAMA sama ada TV, Radio, lagu-lagu, drama-drama, movie-movie, novel-novel, banyak MEMPROMOSIKAN budaya pergaulan bebas sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Dengan lambakan movie dan drama cinta, novel cinta, lagu cint a(yang mana kebanyakannya menyeru kepada pergaulan bebas dan couple), telah menjadi HIBURAN HARIAN anak muda, belia bahkan orang tua. 

Dari idola kecil, Akademi Fantasia, Kilauan emas, semuanya hanyut dan tenggelam.

Saya amat berharap, agar pelakon dan pengarah serta penyanyi, agar sama-sama kita mencegah perbuatan pergaulan bebas, dakwahlah melalui bakat-bakat yang ada. Yang pandai berlakon, berlakonlah tentang dakwah,  begitu juga penyanyi. Berilah hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. 

Saya yakin, kalau cerita best, boleh meletup juga In Shaa Allah.

Sebagai contoh, Pierre Andre buat film “Ustaz Mu Tunggu Aku datang”, tanpa sebarang pergaulan bebas, dan sarat dengan mesej dakwah secara santai dan sangat menarik. Ia tetap mendapat sambutan dan ramai juga yang berubah. Apatah lagi filem yang telah disebutkan sebelum ini iaitu Munafik 2.

c) BANYAKKAN HIBURAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN

Dari kita banyak mengetengahkan hiburan yang sarat dengan pergaulan bebas, cinta, pergaduhan sini sana, mencarut dan sebagainya, saya cadang, agar banyakkan hiburan yang berunsur pendidikan dan dakwah.

Kerana BUDAYA Islam yang paling agung ialah dakwah dan saling nasihat menasihati. 

Tetapi, kadang-kadang, ada sesetengah orang mahu mengajak kepada kebaikan dengan cara yang salah. Contoh, pengarah dan pelakon yang nak mengetengahkan bahawa zina itu dosa, maka mereka pun lakonkan aksi atas katil (walaupun tak keterlaluan). Benda ini sangat salah.

Matlamat tak menghalalkan cara. Andai kita mahu lakukan sesuatu kebaikan, pastikan matlamatnya bertepatan dengan Islam, dan caranya juga kena bertepatan dengan Islam. Seorang ulama berkata:

إذا اختلط الحق والباطل غلب الباطل
"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”.

d) WAR-WARKAN ISU UMAT ISLAM YANG TERTINDAS AGAR TERSEBAR KESEDARAN

Saya juga mencadangkan agar artis-artis dan media-media massa agar sebarkan secara meluas apa yang terjadi pada Palestin, Syria, Rohingya, dan sebagainya.

Jika anda berbakat dalam menyanyi, buatlah lagu tentang kemanusiaan ini. Jika anda berbakat dalam mengarah film dan berlakon, maka buatlah satu movie dan drama yang mengetengahkan isu umat dan kemanusiaan ini.

Agar ramai masyarakat tidak lalai dan leka dengan kelebihan dan kesenangan yang ada. Agar kita semua dapat bantu mereka yang tertindas ini.

Saya memuji banyak artis dan pelakon yang tak putus-putus memberi kesedaran tentang isu ini seperti Faizal Tahir, Aizat, dan ramai lagi. Ia bukan hanya tugas penasyid sahaja, tetapi semua orang boleh menyumbang dalam segala bidang yang mereka mampu untuk memberi kesedaran pada masyarakat.

***

HARAPAN

Saya membuat artikel ini hanya satu tujuan. Agar pelakon, penyanyi, artis, dan individu yang terlibat dalam industri hiburan tanah air ini dapat menggunakan bakat dan kelebihan yang Allah bagi pada mereka untuk berdakwah.

Saya mengaku, saya tak mampu nak berlakon, menyanyi, mengarah filem-filem, menjadi DJ radio, bahkan kalau saya nak buat semua itu pun, saya tak mempunyai dana yang cukup, kerana saya tahu ianya semua memakan kos yang sangat banyak, bahkan pembikinan film pun memakan jutaan ringgit.

Bayangkan, bila orang-orang famous ni berhijrah kepada kebaikan, alangkah ramai pengikut mereka yang turut berhijrah ke arah kebaikan.

Hamzah Abdul Mutalib, ketika beliau masuk Islam, ramai orang Quraisy turut masuk Islam. Kerana Hamzah sangat famous di kalangan Quraisy dengan kepimpinannya.

Tika Umar Al-Khattab masuk islam, Khalid Al Walid masuk islam, Amru Al Asr masuk islam, mereka semua ini kiranya orang-orang besar Musyrikin sebelum ini, tetapi apabila mereka masuk Islam, mereka menjadi orang-orang besar Islam dan manfaat mereka untuk Islam sehingga sekarang tak boleh dinafikan.

Muhammad Ali, seorang peninju Islam, ketika beliau masuk Islam, ribuan pengikut beliau turut masuk Islam.

Saya yakin, andai pelakon dan penyanyi serta public figure yang di kenali ramai di Malaysia ini berhijrah menjadi lebih baik dari hari ke hari, dan mengajak kepada Islam, betapa besarnya manfaat untuk umat hari ini. Andai setiap media sama ada TV, radio, penerbit buku, surat khabar dan lain-lain mengetengahkan dakwah dan budaya ISLAM YANG SEBENAR secara berterusan dan konsisten, saya yakin, lama kelamaan, BUDAYA ISLAM kembali menjadi BUDAYA orang Islam di Malaysia ini.

Wallahua’lam.

Sumber : TarbiahSentap

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat. 
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)