Sebab Dan Cara Mandi Wajib

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Satu-satunya syarat sembahyang itu ialah suci daripada hadas besar, cara menyucinya ialah dengan mandi wajib dengan niat bersuci dari hadas itu. Dalam pada itu perlu diketahui sebab-sebab yang mewajibkan mandi.

a) Sebab-sebab Yang Mewajibkan Mandi Wajib
1. Melakukan hubungan jenis sehingga ghaib hashafah.
2. Keluar mani dengan bermimpi atau lainnya.
3. Mati yang selain daripada mati syahid.
4. Didatangi haid (darah kotor wanita) sekurang-kurangnya dalam masa sehari semalam sebanyak-banyaknya 15 hari lima belas malam, biasanya enam hari enam malam.
5. Nifas (darah yang keluar selepas bersalin) sekurang-kurangnya sekelip mata sebanyak-banyak 60 hari enam puluh malam.
6. Wiladah (darah bersalin ketika melahirkan anak).

b) Cara Mandi Wajib
Pertama : Niat pada permulaan basuh di mana jua badan atau anggota.

Lafaz niat “Sahaja aku menyucikan hadas yang besar daripada sekalian badan, wajib atas ku kerana
Allah Taala”.

Kedua : Meratakan air yang mengalir pada sekalian badan dan anggota termasuk rambut, bulu dan di mana jua celah-celah, seperti di celah-celah telinga, pusat, rongga-rongga depan belakang yang dikira
lahir, dan perlu duduk ketika membasuh di sebelah bawah. Kemudian ambil Wudhu' seperti biasa sebagai penutup/tertib.

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat. 
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

1 Comments

  1. Semua mesti ambil berat akan hal ini kerana ada kaitan dengan ibadah kita.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)