Antara Kebaikan Menunaikan Zakat Fitrah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mengeluarkan zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan ianya adalah satu kewajipan syarak dan tanggungjawab sosial. Zakat yang wajib ditunaikan ada dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Kedua-duanya mempunyai kesan dalam pembentukan akhlak manusia. Walaupun zakat fitrah yang wajib dikeluarkan itu dalam jumlah yang kecil, namun disebaliknya terkandung makna yang sangat dalam.

Antara hikmah kewajipan zakat fitrah ialah:

1. Allah SWT menjanjikan keberkatan, pertambahan rezeki dan ganjaran pahala kepada mereka yang menunaikan zakat fitrah
.
2. Berzakat dapat mengikis sikap sombong, bakhil dan mementingkan diri sendiri. Sedangkan sifat bakhil itu amat dibenci oleh Nabi SAW sepertimana hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang bakhil jauh daripada Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka.” (Riwayat at-Tirmizi)

3. Zakat fitrah yang ditunaikan dapat memberi kebahagiaan terutamanya kegembiraan untuk menyambut hari raya dan menghilangkan kesusahan kepada golongan fakir dan miskin. Ini berdasarkan hadis daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkanmya di dunia dan akhirat.” (Riwayat ibnu Majah).

Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat. 
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal 

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

1 Comments

  1. Kadang2 kesian tngok amil tu dok tunggu depan masjid tapi krik3 ja sebab semua tunggu last minute

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)