بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

1. Al-Quran adalah sebagai bukti kebenaran dan petunjuk daripada Allah SWT.
“Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi segala apa jua yang
membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.” [Surah An-Nisa' : 174]
2. Al-Quran sebagai petunjuk yang tidak diragukan. Ia adalah Kalam Allah yang Maha Agung.
“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah : 1-2]
Perkara ini juga dijelaskan oleh Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Kemuliaan al-Quran dibandingkan dengan kata-kata selain dari-Nya adalah seperti kelebihan Allah dari sekalian makhluk.” (Riwayat At-Tirmizi)
3. Al-Quran kitab yang tinggi dan Kalam Allah yang berat lagi hebat.
“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.” [Surah Al-Hasyr : 21]
As-Syaikh Doktor Wahbah Az-Zuhaili dalam tafsir Al-Munir telah menjelaskan bahawa sekiranya Allah turunkan Al-Quran keatas gunung seperti manusia yang Allah berikan akal dapat berfikir dan membezakan
antara hak dan batil maka gunung-ganang itu akan pecah kerana khusyuk dan takut kepada Allah. Dalam ayat lain Allah juga menggambarkan al-Quran itu sebagai kata-kata yang berat :
“Sesungguhnya kami akan turunkan kepadamu suatu perkataan yang berat” [Al Muzammil : 5]
Menurut Ibnu Kathir “perkataan yang berat” dalam ayat tersebut bermaksud perintah yang mesti dipatuhi dan diamalkan atau ia juga bermaksud kata-kata yang berat kerana ia sebagai Kalamullah.
Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Saidatina Aisyah RA bahawa pada suatu masa ketika Rasulullah SAW menerima wahyu yang pada ketika itu Baginda berada di atas unta maka unta baginda itu serta merta terduduk ke atas bumi lantaran beratnya wahyu yang diterima.
4. Al-Quran kitab yang sangat unggul tiada tolok bandingnya. Justeru itu, Allah SWT mencabar manusia untuk mencipta seperti al-Quran walaupun seumpama surah yang paling pendek.
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar." [Surah Al-Baqarah : 23]
Dalam ayat yang lain Allah mencabar seluruh makhluk jin dan manusia agar mendatangkan seperti al-Quran.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” [Surah Al Isra' : 88]
5. Al-Quran adalah kitab yang dijamin terpelihara sepanjang zaman.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” [Surah Al-Hijr : 9]
Dalam ayat tersebut Allah telah menjamin akan menjaga Al Quran daripada diubah-ubah dan ditukar ganti tidak seperti yang telah berlaku ke atas kitab-kitab umat yang terdahulu. Kitab-kitab tersebut telah berlaku tokok tambah hingga sukar untuk menentukan keasliannya.
Semoga dengan perkongsian kali ini, dapat meningkatkan lagi semangat kita bukan sahaja untuk tilawah malah mentadabbur ayat-ayat suci dalam Al-Quran. In Shaa Allah, aamin.
Jangan Lupa Follow Saya Untuk Updates Terkini. Moga bermanfaat.
👉 Join Telegram Channel : https://t.me/mohdnoorshawal
👉 Instagram : https://www.instagram.com/mohdnoorshawal
👉 TikTok : https://tiktok.com/@mohdnoorshawal
👉 Subscribe Youtube : https://www.youtube.com/c/mohdnoorshawall
👉 Twitter : https://twitter.com/mohdnoorshawal
👉 Website : http://www.mohdnoorshawal.com
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments