بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على Ù…ØÙ…د وآل Ù…ØÙ…د
اللهم صل على Ù…ØÙ…د وآل Ù…ØÙ…د
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡

Memandangkan zaman sekarang rasa hormat terhadap guru semakin pudar bahkan semakin parah, maka eloklah kita & masyarakat keseluruhannya merenung kembali adab2 terhadap guru, bukan sahaja buat murid, bahkan buat ibubapa murid.
Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab seorang murid terhadap gurunya di dalam kitab yang bernama "Bidayatul Hidayah" sebagaimana berikut:-
1. Apabila ia menemui gurunya, maka hendaklah ia memberi salam terlebih dahulu.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan gurunya.
3. Jangan ia bercakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
4. Jangan bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
5. Jangan ia menyangkal guru (menunjukkan rasa tidak puas hati).
6. Jangan ia menunjukkan bahawa ia lebih pandai daripada gurunya.
7. Jangan berbisik dengan orang disebelahnya ketika guru sedang mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan, tetapi hendaklah tunduk @ menumpukan perhatian kepada gurunya.
9. Jangan ia membanyakkan soalan ketika gurunya sedang letih.
10. Apabila gurunya berdiri (jika sebelumnya sedang duduk/guru hendak beredar dari kelas), hendaklah ia berdiri sebagai menghormatinya.
11. Jangan bertanya ketika guru sedang beredar dari majlis.
12. Jangan bertanya kepada guru di tengah jalan sebelum ia sampai kerumah @ tempat duduknya.
13. Jangan ia berburuk sangka terhadap gurunya.
Semoga kita dapat menerapkan rasa hormat terhadap guru dalam diri kita, serta masyarakat keseluruhannya, terutamanya Ibubapa yang membaca artikel ini, mulakan tindakan anda dengan mengingatkan anak-anak anda tentang adab-adab di atas agar kita dan anak-anak anda beroleh keberkatan ilmu dari Allah SWT.
Wallahu a'lam...

0 Comments