Menyambung Pengajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia - BSc with Honours (Bioinformatics)

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Yup, seperti yang tertulis di tajuk atas.. aku kini di UKM..hahaha dah masuk bulan 8 hari tu actually, tapi disebabkan kekangan masa, xsempat nak wat post pasal ni... and yeah, here I am now...

Lepas tamat pengajian selama setahun di Kolej Matrikulasi Selangor, aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di salah satu Research University tanah air, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia...

Perasaan? wuuu xtahu nak cakap apa weh... memang daripada matrik lagi memang nak masuk UKM ni... kenapa? entah aku sendiri pun xthu kenapa... so bile check UPU, tengok dapat apa yang kau nak sangat tu, apa perasaan kau? bersyukur gileeee kan? haa cam tu ar aku pun hahahaha...

Untuk first year ni aku ditempatkan one of the most awesome Residential College, yeahhh KOLEJ RAHIM KAJAI, None But The Best tagline nya.. mesti ramai yang curious berapa ramai roommate kan? satu bilik ada dua orang je... and sapa lucky dapat lah bilik yang ada balcony, macam bilik aku, hahaha petang-petang boleh lah lepak kat balcony tu, tengok-tengok keindahan ciptaan Tuhan gitu...^^


So far best lah belajar di UKM ni, kawan best, pensyarah best, course best, roommate best, bilik best hahahaha, suasana U yang best, masjid best, surau best, haaa apa lagi kau nak? semua best ar Alhamdulillah...


Okay next, berkenaan program pula, aku ditawarkan untuk menyambung program Bioinformatics di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST)...

Mesti ramai pelik, Bioinformatics? Jadah apa tu, xpenah dengar pun... xpe aku paham, even parent aku pun kene confirmkan banyak kali ngan aku sebab pelik bebenor namanya gitu.. hahaahah

Image result for fst ukm

Kenapa aku bersyukur sangat dapat course ni adalah memang sejak di matrik lagi, aku suka sangat ngan dua subjek ni, memang gila-gila and enjoy ar study walaupun result kekadang hambar hahahaha... Yes, it was Computer Science and Biology... So, bioinformatics ni nak dimudahkan cite, ia merupakan satu course yang menggabungkan kedua-dua bidang ilmu Sains Komputer dan Biologi....

Alhamdulillah katanya di Malaysia, semakin diperlukan graduan course ni, Wallahualam ar... sebab IT kan sedang giat berkembang, even dalam bidang Biologi juga tidak terlepas, sesuai dengan zaman IT ni, dia pun nak ber-IT... tu yang jadinya Bioinformatics...

Image result for bioinformatics

Program aku ni adalah 3u1i... iaitu 3 tahun di Universiti dan 1 tahun industri.. so total yeah, 4 tahun... kalau dulu xsilap, course ni 3 tahun je, satu sem je kat industri, tapi mulai batch aku ada perubahan, xpe ar, best jugak apa, boleh belajar banyak mende...

so far untuk sem 1 ni subjek wajib aku microbiology ngan cell biology je.. cell biology je mostly belajar balik apa yang kat matrik je... kalau microb ni pulak macam banyak ar sikit bende baru sebab kau belajar pasal bacteria, fungi and etc., kalau dalam bahasa orang kampung, kau belajar pasal kuman ar beb...

so far memang enjoy ar dua dua subjek ni... sebab ye lah belajar lebih mendalam right, so banyak persoalan semasa di matrik dulu terjawab disini... actually kami ada amik subjek programming jugak, tapi semua kene drop sebab bertindih ngan lab microb kami, tapi kata Ketua Program Bioinformatics kami, pelajar Bioinformatics akan amik subjek ni sem depan... so memang xsabar jugak lah, sebab kat matrik dulu pun memang happy-go-lucky je ngan C++ ni...^^

fuh... rasanya tu je ar kot takat perkongsian aku.. In Shaa Allah ada masa lagi aku share... tq sudi baca hehehhe, jarang aku berleter macam ni hahahha

Post a Comment

2 Comments

  1. Heya! I just wanted to ask if you ever have any problems with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing many months of hard work due to no back up.
    Do you have any solutions to protect against
    hackers?

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)