Hati Yang Keras ?

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡


"Nabi Muhammad صلى اللَّÙ‡ عليه وآله وصحبه وسلَّÙ… sentiasa mengingatkan kepada umatnya berkenaan dengan hati seseorang manusia, akan tetapi hati yang mana Allah سبحانه وتعالى berikan kepada manusia ini? kadang kadang boleh bertukar daripada lembut kepada keras. Persoalannya disini, kenapa hati manusia ini boleh menjadi keras?

Jawapannya ialah sepertimana yang termaktub di dalam Hadith yang berbunyi, daripada Ibnu Umar رضي اللَّÙ‡ عنه وأرضاه berkata, Sabda Rasulullah صلى اللَّÙ‡ عليه وآله وصحبه وسلَّÙ…, "Janganlah kamu memperbanyakkan bercakap selain untuk berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى itu, adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras dan sesungguhnya sejauh jauh manusia daripada Allah سبحانه وتعالى adalah mereka yang berhati keras". Hadith Riwayat Tirmizi.

Maka benarlah sabda Rasulullah صلى اللَّÙ‡ عليه وآله وصحبه وسلَّÙ…. Ketandusan jiwa pada hari ini adalah merupakan satu penyakit yang sangat nampak sekali di tengah-tengah masyarakat di zaman ini. Ramai manusia yang berada di luar sana banyak yang bersusah hati, keluh kesah gelisah dan tidak merasakan ketenangan fikiran di dalam kehidupannya.

Walaupun telah memiliki segala macam kemudahan bahkan jutaan wang yang dimilikinya, namun segala perasaannya yang telah dimiliki masih belum dapat dirasainya. Ini semuanya berpunca daripada apa? Tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada hati yang keras, jiwa yang tandus, mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah سبحانه وتعالى, dan banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah, yang tidak ada hubung kaitnya dengan Allah سبحانه وتعالى.

Oleh itu, orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى, hendaklah seseorang itu menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى, yang boleh mendatangkan faedah untuk meningkatkan ketaqwaannya disisi Allah سبحانه وتعالى. Sebab itu bila seseorang sudah pun terkena penyakit hati yang keras ini, dia tidak mudah menerima segala nasihat daripada orang lain.

Bila disuruh baca Al Quran dia tolak, Bila ditegur dia mudah melenting, bila nasihat dia marah. Kenapa apa boleh jadi begini? Kenapa dia tidak merasakan bertuah. Sebab dia berpeluang untuk berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى, dapat bercakap dengan Allah سبحانه وتعالى, dapat masuk di dalam Hadrah Allah سبحانه وتعالى tapi dia tidak dapat rasa nikmat ini ,kenapa? sebab hatinya keras.

Sebaliknya orang yang beriman yang di dalam ada hatinya yang lembut disisi Allah سبحانه وتعالى, bilamana orang seperti ini terputus hubungannya dengan Allah , dia berasa serabut, tak tenang, hati dia keluh kesah gelisah, kenapa? sebab hatinya lembut. Kalau boleh lepas solat maghrib terus nak solat isyak, lepas isyak terus nak solat subuh, nak bagitahu bahawa takutnya dan risaunya dia kalau terputus hubungannya dengan Allah سبحانه وتعالى.

Sebab itu Allah سبحانه وتعالى berfirman, Ingatlah kepada Allah dalam setiap keadaan. Tapi kadang kadang kita ingat Allah bila keadaan kita susah sahaja, bila senang lupa, bila jatuh sakit baru nak ingat Allah سبحانه وتعالى , bila sihat lupa. Jangan begitu, Sihat ke senang ke, ingatlah kepada Allah سبحانه وتعالى supaya dihujungnya nanti kamu mendapat kejayaan dunia dan Akhirah.

Mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى menyelamatkan kita daripada terkena hati yang keras, hati yang mudah mati dan tidak berpaling daripada mengingati Allah سبحانه وتعالى.

آمين اللَّهم آمين برحمتك يا أرحم الراحمين"

- Ustaz Mohd Zulfadhly Mohd Zaki

Post a Comment

0 Comments