3 Nota Penting Tazkirah Subuh Ustaz Rusdi Alias

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



1.  Berusahalah untuk meninggalkan sifat nifaq (sifat munafik) dalam diri kita. Rasulullah mengajar kita macam mana nak tinggalkan sifat ini. 

Antaranya melalui intipati hadis Rasulullah sallahu alayhi wasallam, Nabi pernah sebut yang sesiapa yang mendapat solat berjemaah selama 40 hari (TANPA MASBUK), maka akan terlepas dari sifat nifaq (HR Tirmizi) dan lepas dari azab Neraka.

Usahalah sekurangnya menjaga solat subuh dan isyak berjemaah, terutama bagi lelaki, tanpa masbuk, di surau dan masjid.

2. Saidina Ali pernah memberikan kata-kata yang lebih kurang,

"Sesiapa yang mahukan kebaikan dunia dan akhirat, mesti melakukan 3 perkara ini,

a) Menerima segala Qada' (ketentuan Allah) di dunia.
b) Bersabar dengan segala bala (ujian) yang datang menimpa.
c) Bersyukur dengan segala nikmat yang diberi.

Syeikh Mutawalli Sya'rawi pernah sebut lebih kurang,

"Setiap bala (ujian) yang kau jumpa, hadapinya dengan senyum dan senyap. Kerana bila kau senyum (berfikiran positif), ia akan menghentikan masalah itu. Dan bila kau senyap (diam untuk berfikir menyelesaikan masalah), kau akan melangkahi ujian itu hingga ke belakang."

3. Jangan jadi bebanan kepada dunia, tetapi jadilah manusia yang bermanfaat kepada sekeliling. Dalam satu syair Imam Rofi'e yang lebih kurang,

"Jadilah engkau manusia yang memberi manfaat kepada dunia, dan jangan menjadi lebihan (bebanan/sampah) kepada dunia.."

Dalam hidup ini, kita cuma ada 2 pilihan saja,

Sama ada memberi manfaat pada orang sekeliling walau di mana pun kita berada, atau tidak memberi manfaat (bahkan lebih hina adalah menyusahkan pula) orang sekeliling walau di mana pun kita berada.

Wallahu'alam.

-Shukery Azizan-


Post a Comment

0 Comments