Imam Ahmad Belajar Ilmu Tasawuf

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡


Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (wafat 241 H) adalah seorang fuqaha yang tidak asing lagi bagi kita. Pada mulanya beliau tidak menyukai ahli-ahli tasawuf dan selalu menasihati anak lelakinya yang bernama Abdullah supaya menjauhkan diri dari ahli tasawuf.

Salah seorang ahli tasawuf yang sangat tak disenangi oleh beliau ialah Syubbán al-Rá'ie (guru Imam Syafie dalam bidang tasawuf). Imam Ahmad bin Hanbal menyangka bahawa Syubban al-Ra'ie itu seorang yang jahil yang bercakap dengan istilah-istilah tasawuf  yang payah difahami yang direka-reka sahaja.

Pada suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal bertanya satu soalan sukar dijawab kepada Syubban al Ra'ie. Disangkakan Syubban al Ra'ie tidak akan dapat memberikan jawapannya. Soalan itu ialah mengenai seorang yang telah meninggalkan satu solat dari solat fardu 5 waktu tetapi orang tersebut tidak tahu solat apakah yang dia tinggalkan itu, zohor atau asar atau subuh atau isyak atau maghrib? Bagaimanakah orang ini harus menyelesaikan masalahnya?

Syubban al Ra'ie menjawab : orang itu ghaflah, maka wajiblah ia mendidik dirinya supaya ghaflah itu hilang. Mendengar jawapan itu Imam Ahmad jatuh pengsan. Selepas beliau sedar dari pengsan itu maka beliau segera memeluk Syubban al Ra'ie. Peristiwa itu menginsafkan Imam Ahmad sehingga beliau segera belajar ilmu tasawuf daripada Abu Hamzah al Baghdadi, seorang ahli tasawuf yang terkenal pada zaman itu.

Selepas Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mempelajari tasawuf maka nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya, Abdullah adalah berlainan dari yang pernah diberikan pada masa sebelumnya. Nasihat-nasihatnya sesudah beliau belajar dan mendampingi ahli-ahli tasawuf. Antara nasihatnya itu :

"Hai anakku, wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-ahli tasawuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut kita kepada Allah, sifat kasih kita kepada Allah, taqwa kita dan keazaman kita (dalam bermujahadah di jalan Allah)".

[Risalah al Qusyairiyyah : Syeikh Abu Qasim al Qusyairi]

Post a Comment

0 Comments