Tips 4 Flat Dalam Final Exam

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



Ini adalah serba sedikit tips kepada yang masih di alam universiti yang ingin berjaya dalam final exam. Tips ini adalah dari seorang akak yang buat dan berjaya mendapat 3x 4flat in a row. Alhamdulillah.

1. Buat past year question
Dulu belajar, memang pulun buat past year question ni lah. Kalau subjek kira2, memang tiru dulu skema jawapan. Pastu dah pandai 1-2soalan, try buat tanpa tiru jawapan pulak.
Biasanya akan buat dalam 6-10 soalan past sem untuk setiap topik.

2. Banyak tanya pada lecturer ( dalam erti kata lain, build a rapport)
Lagi bagus kalau suka duduk di barisan depan. Mudah nak tanya lecturer kalau tak paham. Rajinkan bertanya, malu bertanya sesat jalan kan?
Tapi ni bukan maksud nak build rapport sebab nak kipas lecturer ya. Hehe

3. Jaga solat
Solat jangan tinggal. Tak kira busy camne pun, join bola ke, wakil pelajar ke, handle event ke, solat jangan tinggal. Rajinkan juga solah hajat malam2. Minta dpermudah urusan sepanjang pembelajaran. Kalau x habis revise pun, pegi ngadap Dia, minta petunjuk supaya dipermudah masa jawab exam.

4. Cuba untuk nazar
Dulu niat nazar kalau dapat 4flat. Sbg contoh kalau dapat 4 flat semester ni, aku nak belanja classmate kfc. Atau aku nak puasa seminggu. Tu dia melayang duit belanja classmate hehe. Nak berjaya perlukan pengorbanan. Lagipun nazar yang kita buat ni, tolong kita tambah pahala lagi kan? Tapi ingat, nazar setakat yang termampu dan ikut keikhlasan.

5. Doa mak ayah
Bagi yang masih ada mak ayah. Ingat, doa mereka sangatlah mustajab. Lagi2 doa ibu tiada hijabnya kan?
Jadi sebelum apa2 paper final tu, message atau call mak ayah, minta diorang doakan dapat A.
In Shaa Allah dapat lah tu.

6. Doa
Dah habis usaha, kita doa banyak2. Skrip doa tu, kasi amend sikit untuk tambah “Moga aku mendapat 4 flat untuk semester ini”. Setiap habis solat, wajib baca. Ingat tau, wajib! Masa tengah jawab exam tu pun sama, ulang byk kali, moga dapat 4flat sem ni. Baca jugak surah insyirah (alam nasyrah). Dan baca surah annur ayat 38. Dua amalan ni dah buat experiment kat ramai member semua kata ada beza lepas amalkan.
Benda kat atas ni nampak macam remeh, macam semua orang pernah buat, tapi kunci dia terletak pada istiqamah. Berterusan tak apa yang kita buat tu?
Akhir kata, moga mendapat manfaat daripada point2 di atas. Moga yang membaca semua dapat keberkatan dalam apa jua urusan. Aameen..

Post a Comment

2 Comments

  1. Latihan past year and doa tu memang amal sangat masa matriks. Like segigih gigihnya. Alhamdulillah dapat 4flat.

    // afifahaddnan

    p/s - coming from Elsalicious blog list and I want to notify you that your blog is included in my bloglist too :)

    ReplyDelete
  2. Doa mak ayahlah yang paling penting kalau nak menempa apa jua kejayaan dalam kehidupan

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)