Tidak Boleh Mengucap Rest In Peace (R.I.P)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Mendoakan hidayah bagi seseorang bukan Islam yang masih hidup bukanlah suatu yang dilarang dalam agama tetapi selepas seseorang yang bukan Islam meninggal dunia, kita ditegah daripada mendoakan kesejahteraannya dan keselamatannya kerana ia bercanggah dengan al-Quran.

Firman Allah:
(إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا)
[Surat An-Nisa' 48]

Di sini kita kena faham bahawa mana-mana agama ada batas dan kepercayaan tersendiri.  Bagi agama Islam, kita percaya bahawa hanya orang beragama Islam akan beroleh keselamatan dan ketenangan di akhirat. Adapun  mereka yang tidak beriman dengan Allah dan RasulNya Muhammad, dia tidak akan masuk syurga. Bertepatan dengan wahyu daripada al-Quran, Allah menegaskan bahawa Allah tidak ampunkan orang yang mati dalam kufur. Tidak ada istilah 'rest in peace' bagi mereka.

Orang bukan Islam tidak akan offended kalau kita dapat beri penerangan dengan baik. Seperti mana kita tidak offended dengan pengamalan kepercayaan mereka sebagai contoh mereka juga percaya orang yang memeluk agama mereka sahaja yang dapat sampai kepada Tuhan.

Seharusnya kita melihat bahawa suatu pengamalan dalam agama bukan suatu yang menunjukkan ketidakharmonian dalam bermasyarakat sebaliknya sewajarnya ia dilihat dengan hormat, suatu komuniti mengamalkan kepercayaannya.

Dalam konteks ini, Muslim yang tidak mengucapkan RIP sewajarnya dihormati dan bukan dipandang tindakannya sebagai suatu yang tidak harmoni.

Sebagai seorang Muslim, ucapan doa berbentuk keselamatan terhadap orang bukan Islam (kafir) selepas meninggal dunia adalah dilarang kerana mendustakan Al-Quran. Dan sekiranya seseorang itu faham makna RIP hendaklah dia kembali bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah kerana perbuatan mendustakan al-Quran mengeluarkan seseorang daripada Islam (menggugurkan syahadah).

[ Ustaz Ateeq Zarzaie ]

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)