Lelaki Berseluar Pendek

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡





Biasanya aurat lelaki dipandang remeh berbanding aurat wanita, kenapa? Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt, dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Kononnya ingin menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat Islam, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa anda juga diperhatikan kaum wanita? Saya sebagai seorang lelaki juga agak malu apabila dinyatakan bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat, tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan? Betulkah orang lelaki lebih ramai tidak menutup aurat?

Jika dahulu masyarakat Melayu Islam lelaki khususnya hanya tidak menutup aurat ketika bersukan, tetapi kini semakin berleluasa apabila seluar pendek @ 'short pants' ini menjadi trend dan fesyen untuk berada di khalayak ramai. Seolah-olah mereka tidak tahu aurat mereka sedang ditonton oleh semua orang. Ada khilaf mazhab ke dalam pemakaian seluar pendek ini?

Syeikh Fawwaz mendetailkan hukum berpakaian disisi Mazhab Hanafi (Ma'ahad Fathul Islami adalah sebuah Ma'ahad yang menggunakan Fiqh Mazhab Imam Hanafi), menyatakan, boleh menerima orang lelaki yang berseluar pendek selama mana pendeknya seluar itu masih dalam kategori sopan, iaitu tidak sendat dan hanya atas sedikit dari paras lutut. Tidak bercawat seperti seluar renang atau sendat seperti seluar orang berbasikal.

Bagi Mazhab Maliki pula, aurat lelaki adalah aurat berat (mughallazah), iaitu kemaluan hadapan (zakar dan buah zakar) dan kemaluan belakang (kedua-dua papan punggung). Walaupun peha termasuk dalam maksud aurat, tetapi bahagian peha hingga ke pangkal lutut dikira sebagai aurat ringan (mukhaffafah) Ini berdasarkan satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a yang bermaksud; “Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah SAW telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pahanya.”

Ulama' mazhab Shafie lebih berhati-hati berpendapat, kewajipan menutup bahagian yang melepasi lutut dan pusat itu supaya mengelak bahagian wajib di antara kedua-duanya itu daripada terdedah. Berdasarkan kaedah, 'Apabila tidak sempurna kewajipan disebabkan sesuatu itu, sesuatu itupun menjadi wajib. Alasan ini kerana ulama’ Syafi’iyyah sendiri berpegang pada kaedah fahwal kitab, iaitu 'Apabila yang difahamkan lebih utama hukumnya daripada yang diucapkan'.

Lagipun tergamakkah kita solat berimamkan imam yang pakai kopiah dan serban lengkap, berbaju Melayu berbutang sampai atas tapi hanya berseluar pendek?

Isu lelaki berseluar pendek tak sah jadi wali : Abby Abadi cuma ulang kata kata UAI - Terbakor

Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali 
nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
‘Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil’.
(Riwayat Ahmad)
Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa kecil.


Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu. Manakala wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.
Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.
Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.
Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: ‘Telah banyak orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan dia’. Berkata Al-Hasan: ‘Kahwinkan puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada dianiayainya’.


Nak insaf bila nak jadi wali je ke? Why not mula berubah dari sekarang, bermaksud sampai boleh jadi fasik bermakna betapa pentingnya menutup aurat ini dalam Islam walaupun kita yang lelaki...

Wallahualam~


Post a Comment

1 Comments

  1. suka artikel ni.. kipidap. betul.. benda2 remeh kadang2 dilupakan.
    lelaki pun ada batas dalam berpakaian.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)