بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Perkataan fajar dan subuh digunakan oleh Nabi SAW sebagaimana di dalam hadith-hadith Baginda SAW. Waktu bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
Tambahan pula, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya. Hal ini berdasarkan sebuah hadith:
- Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِMaksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”[Riwayat al-Bukhari (1116)]
- Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَاMaksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.[Riwayat Muslim (725)]
Kesimpulan
1- Solat Sunat Fajar adalah solat sunat yang sangat dituntut.
2- Solat Sunat Fajar merupakan solat sunat yang paling dijaga dan diambil berat oleh Nabi Muhammad SAW.
3- Dua rakaat Solat Sunat Fajar adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.
Team Dakwah Islam

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam ❄
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam ❄
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda ❄
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords ❄
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄

❄ Telegram : t.me/TeamDakwahIslam ❄
❄ Instagram : instagram.com/TeamDakwahIslam ❄
❄ FB : fb.com/TeamDakwahIslamDaieMuda ❄
❄ Twitter : twitter.com/DakwahWords ❄
❄ Blog : http://bit.ly/2q7sN8F ❄

0 Comments