Wanita Ialah Maruah

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



Diriwayatkan bahawa Umar al-Khattab RA sewaktu menjadi khalifah amat menjaga kebajikan dan kehormatan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

Mereka (isteri-isteri Nabi) pernah meminta keizinan Umar RA selaku Khalifah, untuk menunaikan haji tetapi ditolak oleh Umar RA. Setelah beberapa kali diminta oleh isteri-isteri Nabi SAW untuk menunaikan haji maka Umar RA pun akhirnya memberikan keizinan dalam keadaan beliau tidak menyukainya.

Apabila tiba musim haji maka Umar al-Khattab RA memerintahkan Uthman bin Affan RA dan Abd Rahman bin Auf RA untuk mengiringi rombongan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW semasa haji.

Umar RA memerintahkan mereka berjalan di hadapan isteri Nabi dan tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri dan berjalan seiringan dengan isteri Nabi. Apabila rombongan tersebut berhenti berehat maka hendaklah berehat di tempat tertutup dan mesti dikawal ketat dari membenarkan sesiapa pun menghampiri isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

Ketika mereka (isteri-isteri Nabi) melakukan tawaf, semua orang lelaki dihalang dari melakukan tawaf pada waktu tersebut demi memberi laluan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad SAW.

[Al-Tabaqat Al-Kabir, Ibn Sa'd]

Semua ini dilakukan demi menjaga kehormatan dan kemuliaan isteri-isteri Nabi Muhammad SAW yang merupakan maruah Rasulullah SAW. Ingatlah saudaraku sekalian, percampuran dan ikhtilat akan mencemarkan maruah seorang wanita!         

Post a Comment

0 Comments