Nabi Adam AS Bertaubat

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



   Allah s.w.t. mengajar Nabi Adam a.s. cara-cara untuk bertaubat dengan beberapa kalimah. Namun, tidak disebutkan secara jelas apa yang di ucapkan baginda sehingga Allah s.w.t. mengampunkan baginda.

Allah s.w.t. berfirman:

   "Kemudian Nabi Adam a.s. menerima daripada Tuhannya beberapa kalimah, lalu Allah SWT menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengasihi.
(Surah Al-Baqarah, ayat 37)

  Lalu Allah s.w.t. menyatakan perkataan yang diucapkan oleh Nabi Adam AS sehingga Dia mengampunkan baginda dalam surah yang lain. Maka hal ini, di sisi ulama tafsir disebutkan tafsir ayat Al-Qur'an dengan ayat yang lain.

Image result for al araf 23

   "Mereka berdua merayu, 'Wahai Tuhan kami, kami menganiaya diri kami sendiri, dan jikalau Kamu tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti jadilah kami daripada orang-orang yang rugi."
   (Surah Al-A'Raf, ayat 23)

Doa-doa Nabi Adam A.S. di atas boleh dibaca dan diamalkan pada:
  1. Setiap kali berdoa selepas melaksanakan solat fardhu.
  2. Doa setelah bertaubat dan selepas mendirikan Solat Sunat Taubat.
  3. Doa ketika berada di Makam Ibrahim, selepas melakukan Solat Sunat Tawaf.

Wallahu a'lam Bissawab


Post a Comment

0 Comments