TOKOH ISLAM : Imam Ahmad

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shaybani merupakan pengasas mazhab fiqh Hanbali.
Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis Nabi Muhammad SAW.

Setelah beberapa tahun mengembara, Ahmad bin Hanbal berguru ilmu fiqh dengan Imam Syafie. Ahmad bin Hanbal berpegang teguh kepada fahaman turath dan menentang apa-apa inovasi dalam pentafsiran undang-undang Islam.

Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid, dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak memesong daripada fahaman tradisional Islam. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.

Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah melancarkan Mihna untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dan Khalifah al-Mu'tasim. Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.

Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah al-Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.

Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Penulisan Imam Ahmad bin Hanbal yang paling agung ialah Musnad Ahmad bin Hanbal yang merupakan satu pengumpulan hadis. Karangannya yang lain termasuk Kitab As-Salaat dan Kitab As-Sunnah.

Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31 Julai, 855M. Mengikut Tarjamatul Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.

 sumber: #‎indahnyaislam

〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

0 Comments