Pahala Kebajikan Orang Mukmin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Pahala Kebajikan Orang Mukmin Di Simpan Oleh Allah Untuk Hari Akhirat

Dari Anas b. Malik r.a. katanya Rasulullah SAW. bersabda; "Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amal itu berupa rezeki di dunia. Ada pun orang-orang mukmin maka pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuk akhirat serta diberi rezeki di dunia berhubung dengan taatnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Huraiannya :

Orang kafir yang melakukan kebajikan di dunia ini akan diberi upah oleh Allah SWT berupa rezeki di dunia. Janganlah kita merasa hairan sekiranya orang-orang kafir mempunyai harta melimpah ruah, menguasai perniagaan dan kemewahan yang berbagai jenis, kerana mereka diberikan sepuas-puasnya oleh Allah SWT nikmat dunia dan di akhirat mereka tidak ada bahagian dan akan di campakkan ke dalam api neraka.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)

Ada pun orang-orang mukmin pahala kebajikannya disimpan oleh Allah SWT di hari akhirat dan akan diberi kenikmatan sebenar iaitu mendapat balasan syurga yang tidak ada tolok bandingnya. Di dunia Allah SWT memberi juga rezeki dan nikmat sekadar keperluannya di dunia.

Kesimpulannya bukanlah hadis ini bermaksud umat Islam tidak perlu berusaha untuk memperolehi rezeki dan harta kekayaan dunia yang disediakan oleh Allah SWT, tetapi yang di maksudkan di sini bahawa umat Islam janganlah menjadikan harta dunia ini sebagai matlamat hidup dan terlalu cinta dunia sehingga melupakan bekalan untuk hari akhirat. Jadikanlah semua harta dan kekayaan yang dimiliki untuk mentaati Allah SWT dan disalurkan kepada jalan Allah untuk mencari keredaan-Nya.

اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

Post a Comment

4 Comments

  1. cik en baru tahu. ptut la orang bukan islam mewah di dunia... sebabnya masa mati nanti dorg tak dapat balasan ini..
    Jemput singgah Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia

    ReplyDelete
  2. Thanks bro untuk peringatan.. Seriously rasa banyak sangat kejar keduniaan :'(

    ReplyDelete
  3. @PeRdU cINta :)

    @Eintan Nurfuzie Wallahualam.. :) ok kak.. done singgah.. ^^

    @Mr. Doctor sama ar.. :'(

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)