بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
okay hari ni nak kongsikan satu daripada koleksi hasil karangan saya sepanjang persekolahan masa form 4 & form 5.. jangan main copy paste je yok.. baca and kalau ada yang rasa something wrong ke apa, rujuk semula Cikgu BM korang.. Hasil penulisan di bawah memang dari karangan saya and penah ditanda dan dibetulkan oleh cikgu BM saya iaitu Puan Nurul Suhaida Ahmad, SMK Kuala Kubu Bharu, so kalau still ada pape yang tak puaih hati ke apa, just refer to ur bm teacher, then tolong komen dibawah yok, kita sama sama kongsi ilmu.. chaiyok chaiyok.. kk jom!
eh eh.. sebelum terlupa.. ni karangan ransangan ye.. bukan karangan umum.. so karangan rangsangan cam biasa ar, memang pendek sikit kan.. dah dah jom!
Penyalahgunaan
siber semakin menular dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina,
kaum mahupun agama. Hal ini amat membimbangkan kerana melalui penyalahgunaan
ini, pelbagai masalah baharu mula timbul. Demikian itu, dibincangkan
kesan-kesan penyalahgunaan siber.
Salah
satu kesan daripada penyalahgunaan siber ialah penularan budaya tidak sihat.
Penularan budaya tidak sihat ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah rohani
dan jasmani. Sebagai contoh, baru-baru ini hampir seluruh umat Islam di Malaysia
dikejutkan dengan video seorang ulama’ yang tidak senonoh. Apabila dikaji
secara mendalam, video tersebut merupakan video rekaan 3D yang menyerupai ulama’
tersebut. Hal ini telah menjadi suatu fitnah yang besar kepada ulama’ tersebut.
Kesimpulannya, penularan budaya tidak sihat ini mengakibatkan maruah seseorang
mudah tercemar.
Seterusnya,
penularan dalam urusan perniagaan haram. Urusan perniagaan haram semakin mudah
apabila wujudnya kemudahan siber ini. Sebagai contoh, perniagaan seperti dadah
semakin mudah dijual atau dibeli. Kesimpulannya, urusan perniagaan haram
semakin meningkat akibat daripada penyalahgunaan siber.
Selain
itu, komputer diceroboh atau dalam erti kata lain , digodam. Komputer mempunyai
perisian pelbagai maklumat termasuklah maklumat peribadi, bank atau lain-lain.
Oleh sebab jenayah siber ini, semua maklumat ini mudah diperoleh penggodam
tersebut hanya dalam jangka masa yang pendek. Kesimpulannya, komputer mudah digodam
juga kesan daripada penyalahgunaan siber.
Tuntasnya,
pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani
masalah penyalahgunaan siber ini. Jika masalah ini tidak dibendung dengan
segera, takut nanti akan membawa kepada kemunculan jenayah-jenayah yang lebih
dahsyat di masa akan datang.
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)
سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)

0 Comments